BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Tetak Di Triang: Polis Tahan Empat Lagi Suspek

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
23c5bb2b528499712856e3ac9454d8bc69d9d4da64690

Kredit: IPD Bera

Polis menahan empat lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 8 April.

“Setakat ini, lima tangkapan telah dibuat, dengan empat individu masih dalam tahanan polis, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes itu, di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4 April lepas.

Beliau berkata seorang suspek direman bermula 7 hingga 10 April, manakala dua lagi direman bermula 8  hingga 13 April ini bagi membantu siasatan.

“Suspek yang ditahan pada 4 April lepas telah dilanjutkan tahanan reman selama empat hari bermula 10 hingga 13 April,” katanya sambil menambah polis sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Zulkiflee berkata pihaknya telah melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, selain dua suspek dijangka dituduh di mahkamah pada Isnin ini mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan telah dibenarkan pulang pada Rabu selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

 
Back
Top
Log in Register