BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes stadium runtuh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh berpunca daripada Tarikan Graviti, demikian menurut laporan hasil siasatan Suruhanjaya diRaja Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan yang dikeluarkan pagi ini.

Perdana Menteri menyambut baik laporan siasatan tersebut sambil melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan melampau pakatan pembangkang yang cuba mencari populariti di sebalik kejadian malang itu.

“Saya berharap tiada lagi perbuatan menuding jari terhadap mana-mana badan kerajaan kerana sudah terbukti yang bersalah adalah tarikan graviti. Saya sudah mengarahkan semua agensi yang terbabit agar memantau daya graviti demi kesejahteraan dan keamanan negara.”

Sementara itu rakyat malaysia turut menyambut baik hasil siasatan Suruhanjaya diRaja itu. Bekas pemandu teksi, Ahmad Borhan Endut berkata, “Sudah lama saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan daya tarikan graviti di negara ini.”

“Baru minggu lepas teksi milik saya yang ditinggalkan di tepi jalan musnah apabila bergerak dengan sendirinya lalu terjatuh ke dalam gaung”, keluhnya dengan nada kecewa.

Beliau menggesa kerajaan agar terus menyiasat kejadian ini ke akar umbi memandangkan graviti mungkin telah dipengaruhi hasutan pembangkang mengakibatkan kesusahan kepada rakyat jelata.

Peniaga runcit, Kasman Jantan pula berkata, “Telur yang jatuh dan pecah itu pun salah kerajaan juga kah?” dengan penuh sinis.

“Kita sebagai rakyat jelata sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara. Hargailah kesenangan yang kita miliki ini. Jika negara huru-hara, nak beli telur pun susah”, tambahnya lagi.
 
:eek::eek:

cisss... ini citer lawak rupernyer....
 
lohhh...aku ingat bulletin utama tadikk.. kah kah kah :)) :))
 
kehkehekeh..lawak2...aku suka..nak fwd 1 opis ni..
 
klu negara huru-hara nk beli telur pun susah???...
muahahaha....
 
Back
Top
Log in Register