BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerugian berjuta rupiah

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
Berjuta rupiah dimakan anai-anai
By Agensi - 24 Ogos 2019

anai-anai.jpg

Wang milik Putri yang dimakan anai-anai. foto ANN

JAKARTA – Seorang wanita, Putri Buddin, kerugian berjuta-juta rupiah apabila wang tunai yang disimpan dalam almari kabinet dimakan anai-anai.

Putri telah berkongsi gambar wang tunai yang rosak melalui Twitternya @putribuddim.
Beliau telah menyimpan wang tersebut di dalam kabinet sejak tahun lepas untuk neneknya, yang baru sahaja meninggal dunia.

“Saya memberikan kepada nenek Rp 3 juta (RM883) secara tunai. Dia tidak mahu menggunakannya, jadi saya memasukkannya ke dalam kabinet. Saya memberitahu jika dia memerlukan wang dia boleh mengambilnya dari sana,” kata Putri.

Tambahnya, neneknya tidak mengambil wang tersebut sebaliknya terus menyimpannya di dalam almari itu sehingga jumlahnya berjumlah Rp10 juta.

“Saya tidak tahu dan saya juga lupa telah meletakkan wang dalam kabinet,” ujarnya.
Selepas neneknya meninggal dunia, Putri memeriksa wang berkenaan dan mendapati ia disimpan dalam dua plastik beg.

“Terdapat dua bungkusan, satu dalam beg kertas dan satu lagi beg plastik. Saya buang beg kertas itu kerana ia menjadi sarang anai-anai.
“Saya kira jumlah wang dalam beg plastik dan ia berjumlah Rp 5.4 juta,” kata Putri yang kemudian ke Bank Indonesia untuk bertanya sama ada wang yang rosak itu boleh ditukar.

Malangnya, bukan semua boleh ditukar. – MalaysiaGazette

 
Bunyi mcm ganas je... kalau berjuta dolar mau nangis giler🤣
 
Harusnya sicucu bagi nenek emas yg tahan kepada serangan anai2. Bila nenek perlukan duit, emas tu dipajak gadaikan. Simpan duit kertas berjuta2 dirumah dlm karung adalah tidak bijak tanpa ada peti besi.
 
Boleh ja pi tukaq ngn bank, bank ambik tu, tuk aku dl pernah kena mcm tu, pi tukaq bank bank ambik nilai sama plk tu....
 
Boleh ja pi tukaq ngn bank, bank ambik tu, tuk aku dl pernah kena mcm tu, pi tukaq bank bank ambik nilai sama plk tu....

kemudian ke Bank Indonesia untuk bertanya sama ada wang yang rosak itu boleh ditukar.

Malangnya, bukan semua boleh ditukar. – MalaysiaGazette

ko tukar kat bank indonesia ke?
dalam tu dah cakap x boleh
 
Boleh ja pi tukaq ngn bank, bank ambik tu, tuk aku dl pernah kena mcm tu, pi tukaq bank bank ambik nilai sama plk tu....
Boleh ja pi tukaq ngn bank, bank ambik tu, tuk aku dl pernah kena mcm tu, pi tukaq bank bank ambik nilai sama plk tu....
munkin rosak tak teruk sgt..
kalau teruk, value bank byr jadi kurang...
 
Boleh ja pi tukaq ngn bank, bank ambik tu, tuk aku dl pernah kena mcm tu, pi tukaq bank bank ambik nilai sama plk tu....

Yang tak nampak value aku rasa yang tak boleh tukar tu.
 
Kalau BNM, jadi macam nie, asalkan duit tu > 50% fizikalnya (maksudnya duit tu tak hancur terus atau < 50%), masih boleh tukar.
 
Back
Top
Log in Register