budakbaek
Fun Poster
- Messages
- 556
- Joined
- Aug 15, 2008
- Messages
- 556
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Ramai di antara puak2 UMNO menempelak PAS konon nya PAS telah mngamalkan islam DAP disebabkan kerjasama diantara 2 parti tersebut.
Sebenarnya puak2 itu(baca UMNO) tidak paham ttg kerjasama politik dalam Islam. Disebabkan itu maka mereka bersuara dengan mepersoalkan tindakan PAS itu dengan cuba menimbulkan semula 'kritikan2 PAS terhadap UMNO yang berkerjasama dengan parti-parti sekular lain'.
PAS berpendirian bahawa bekerjasama atas dasar sekular tambahan pula kerjasama itu adalah untuk terus melakukan kezaliman dan penyelewengan, maka ia adalah satu kerjasama yang kufur jika dipandang dari sudut Islam.
PRU-12 menyaksikan parti-parti pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen, PAS-PKR-DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Kedah ( 16 PAS- 5 PKR- 1 DAP ) Pulau Pinang ( 19 DAP- 9 PKR- 1 PAS ) Perak ( 18 DAP- 7 PKR - 6 PAS ) dan Selangor ( 15 PKR- 13 DAP- 8 PAS ) manakala di Kelantan PAS terus mendominasi majoriti DUN Kelantan dan mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan.
Bermula di Perak apabila timbul isu perlantikan MB dari PAS, seterusnya ketiga-tiga parti ini membuat keputusan untuk bergabung dengan menamakan gabungan ini sebagai Pakatan Rakyat. Cemburunya UMNO melihat perkembangan ini bukan kepalang.
Dengan memanipulasikan kuasa media, UMNO secara halus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana "was-was" dikalangan masyarakat umumnya juga dikalangan ahli-ahli PAS khususnya tentang tindakan PAS ber"kawan" dengan DAP. UMNO melalui media memainkan isu anti-Melayu dan anti-Islam yang kununnya dibawa oleh DAP yang nyata berlawanan dengan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.
Secara ringkas, UMNO berkawan dengan golongan kafir dan dalam masa yang sama menentang parti yang mendokong islam (baca PAS) dan tidak pernah pun mengajak kawan-kawan kafirnya untuk mengenali islam dengan lebih baik, akibatnya dan kesan jangka panjang kita dapat lihat makin bertambah - tambah harbi mereka.
Ini kerana UMNO sendiri berdiri di atas dasar sekular (rujuk perlembagaan UMNO FASAL 3(3)). Dan merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 4(1). Di mana islamnya diletakkan. Dan kenapa Malaysia berdiri di atas dasar sekular, kerana apa ? kerana dasar parti mereka yang membentuk kerajaan selama 50 tahun itu berterusan mempertahankan ideologi sekular. Kenapa tidak selama 50 tahun memerintah, tidak ada usaha dari UMNO untuk meminda perkara 4(1) perlembagaan persekutuan ? Boleh puak2 UMNO jelaskan..mengapa ?
Tahun 1999 apabila PAS bergabung bersama DAP, dan ketika itu, saya ingin betulkan salah faham ini untuk diketahui oleh pembaca terutamanya saudara kita bahawa gabungan itu hanyalah dari segi persefahaman sahaja seperti sekarang, gabungan itu termasuk di dalam keadah Tahaluf Siyasi.
Tindakan yang diambil oleh PAS itu berdasarkan kepada apa yang berlaku pada Rasulullah apabila seorang kafir di zalimi, ada dikalangan kafir yang datang ingin membantu menentang kezaliman itu, hatta berita itu sampai kepada Rasulullah.Maka Rasulullah bersabda, jika aku berada di situ, maka aku juga akan bersama mereka (kafir) untuk menolak kezaliman itu. Mungkin UMNO tak pernah jumpa perkara ini kot, atau hanya di diamkan sahaja ! sebab itu kamu kata kami seleweng sedangkan kamu sendiri tidak mengkaji dan ambil tahu kaedah politik islam, sebab bagi kamu islam itu suku dan politik itu suku ! Betul tak puak2 UMNO!
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, tambah pula hubungan politik yang berlainan dasar ( akidah dan idealogi ). Sudah pastilah ada satu dua mungkin banyak perkara yang menjadi pertikaian antara parti-parti yang berlainan dasar. Kesempatan inilah UMNO mengambil peluang "cucuk jarum" dengan cuba melaga-lagakan parti-parti Pakatan Rakyat, malah cuba masuk ke dalam organisasi untuk melemahkan hubungan di antara pimpinan sama ada bermula dari peringkat cawangan, kawasan mahupun pusat. Suara-suara UMNO yang berusaha menyebarkan salah faham terhadap kerjasama politik sedikit sebanyak menimbulkan suasana tidak sihat antara ahli-ahli PAS khususnya walhal perkara ini disensasikan oleh UMNO.
Boleh jadi juga dengan cara ini, UMNO berusaha menjauhkan pengundi Melayu atas pagar dengan harapan mereka ini berpersepsi bahawa PAS dan UMNO sama sahaja, dan cuba mewujudkan persoalan di dalam minda mereka ini bahawa PAS buat kerja yang sama yang UMNO buat dan PAS mengatakan kerja-kerja yang UMNO buat adalah kafir sedangkan kini PAS pula yang bekerjasama dengan parti kafir. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan orang-orang UMNO bahawa PAS sudah buang dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam semata-mata untuk mendapat sokongan non-Muslim.
Nyatalah perbezaan kerjasama dan persefahaman politik antara PAS dan UMNO sangatlah jauh berbeza. Oleh kerana UMNO kini amat terdesak dengan kedudukannya yang amat lemah ditambah pula pergaduhan merebur jawatan sesama mereka, jalan untuk melihat pesaing politiknya, khususnya PAS adalah dengan menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Melayu atas pagar dan juga penyokong PAS itu sendiri yang kurang terdedah dengan ilmu dan perbahasan berkaitan Fiqh Haraki dengan harapan mahu melihat akhirnya penyokong PAS beralih arah kepada UMNO atau cuba mempengaruhi pimpinan PAS di peringkat bawahan terutama golongan muda untuk meragui pimpinan peringkat atasan dan menimbulkan hubungan tidak baik antara pimpinan dan ahli PAS.
UMNO bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain atas dasar sekular, bekerjasama mempertahankan kezaliman, bekerjasama menutup penyelewengan dan penindasan yang mereka lakukan, bahkan sama-sama bekerjasama menolak Islam walaupun UMNO kadang-kadang mengaku menjadi pejuang Islam. Sebaliknya PAS menggunakan kesempatan ini bersama-sama PKR dan DAP bekerjasama dalam isu keadilan, kebenaran, menentang kezaliman, menentang penyelewengan, menentang rasuah menentang korupsi, menentang penyalahgunaan kuasa dan sebagainya walaupun ada beberapa perkara dilihat tidak sekata namun peluang dan masa harus diberikan untuk mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah untuk semua setelah 51tahun ditipu oleh UMNO dan BN.
UMNO dan BN lah yang selama ini menipu non-muslim tentang Islam, memberikan gambaran buruk tentang Islam maka dengan kesempatan kerjasama politik ini, wajib bagi kita pejuang Islam, menguatkan lagi usaha dakwah agar mereka ini, rakan-rakan kita di dalam pakatan rakyat yang non-muslim, dapat menerima Islam sebagai cara hidup mereka dan setidak-tidaknya mereka menghormati dan mengetahui bahawa Islam menjamin kehidupan mereka sekalipun mereka tidak akan menganut Islam. Wallahu A'alam
p/s:artikel ini adalah sebahagian keratan yg di ambil dari blog albanjari
p/s: diharapkan puak2 UMNO didalam CG ini paham ttg kerjasama PAS,DAP dan PKR.
ia adalah berdasarkan kaedah keadah Tahaluf Siyasi. Kalo x paham lagi mmg la korang ni tenging dan lampi (lambat pickup)
)