afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kerjasama DAP-PAS tak mungkin ketika ini, kata Ramkarpal
Ramkarpal Singh menyifatkan kenyataan Amirudin Shari berkait kerjasama PH dengan Bersatu atau PN sebagai sesuatu yang serius.
Beliau menyifatkan tuduhan oleh Presiden PAS Hadi Awang itu sebagai tidak berasas dan menjadikannya contoh mengapa kedua-dua parti sukar bekerjasama pada masa ini.
Penegasan Ahli Parlimen Gelugor itu menyusul susulan kenyataan Naib Presiden PKR Amirudin Shari bahawa Pakatan Harapan (PH) terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Bersatu atau Perikatan Nasional (PN).
PAS dan Bersatu antara parti komponen dalam PN. Namun, keduanya berdepan krisis menyebabkan hubungannya terputus.
“Amirudin perlu menjelaskan kenyataannya bahawa PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Bersatu atau PN) khususnya sama ada perkara itu telah dibangkitkan dan diputuskan dalam Majlis Presiden PH.
“Perkara ini sesuatu yang serius kerana ia melibatkan hala tuju PH serta parti-parti yang berpotensi menjadi rakan gabungannya pada masa hadapan,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.
Beliau turut menegaskan perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh oleh parti-parti komponen sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat.
“Saya tidak mengetahui mengenai sebarang pendirian sedemikian dan boleh mengesahkan bahawa perkara itu setakat ini tidak pernah dibangkitkan di mana-mana peringkat dalam DAP.”
Semalam, Amirudin yang juga menteri besar Selangor dipetik berkata PH terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk PN atau Bersatu, selagi kerjasama itu berlandaskan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Sabtu lalu, Hadi menerusi ‘Minda Presiden PAS’, DAP memimpin PH menyambung kerja penjajah menghapuskan Melayu Islam.
Antara lain Hadi mendakwa, DAP yang mendominasi PH secara terbuka itu mendedahkan perjuangan sekularismenya yang ekstrem dan konsep ‘Malaysian Malaysia’ diperjuangkannya.
