Pasang barang kilang kat rumah - tu salah satu cara nk duit segera.
Saya bagitau caranya :-
Iklan yg pasang brg kilang kat paper tu seme tipu ajer, tapi tipu berunsur peluang pendapatan bagi yg ingin mencubanya.
Mereka iklan dan suruh kita bagi surat berserta butiran peribadi dan alamat serta 1 envelop bersetem kembali ke alamat kita sebagai pihak mereka reply semula.
Kita terima surat pengesahan penerimaan tawaran membuat kerja sampingan di rumah memasang kereta mainan kanak2, patung robot kanak2 dan lain2 , pada kadar upah RM5 utk sebuah permainan. dan kita pun pasang angan2, kalau dapat pasang 20 permainan dah dapat RM100 sehari, wow lumayan tu, dan mereka akan supply permainan dan kotak supaya kita senang mengeposnya kembali ke sykt berkenaan, biasanya mereka akan beri alamat P.O.BOx sahaja, bukan alamat rumah atau sykt. segala urusan pengeposan semula produk yg telah siap akan dibiayai oleh pihak sykt.
Mereka akan mengenakan yuran pendaftaran utk lantik kita sebagai agent partime di rumah sebanyak RM50 sekali seumur hidup, ini untuk meyakinkan pihak sykt yg kita bersungguh sungguh untk buat kerja ini. dan sykt juga semestinya tidak mahu menanggung risiko courier barang yg nilainya ratusan ringgit ke individu yg tidak berdaftar dan tiada butiran peribadi.
setelah kita mengepos WANG POS RM50 ke atas nama individu sykt berkenaan. kita akan dapat jawapan dalam masa 1 minggu.
Suratnya daripada nya ialah , tiada apa2 yg ditawarkan kepada kita hanya lah peluang membuat duit dgn cara yg sama, iklankan di paper utama, dia kasi detail kat mana nak hantar iklan, caj caj 1 iklan di paper utama. dan contoh ayat2 manis kat iklan tu. supaya org tertarik. Andaikata dalam 1 Malaysia ini 100,000 org berminat nak buat partime di rumah dan hantar kat kita RM50 maknanya kita dah collect RM5,000,000.00 ( LIMA JUTA ).
sekian.