BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

banyak ilmu kat sini
yang gambar no1 HALO tu masa jumaat ramadhan lepas sapa dok area kajang boleh nampak jelas.
panas terik time tu.
 
kajilaa 99 nama2 Allah... terkandung bermacam-macam rahsia.. Allah maha berkuasa, bukan setakat maha berkuasa tetapi maha kaya, maha pemberi... mungkin berkaitan dengan plan-plan kenapa kita dilahirkan, diciptakan dan sbgnya jika direnungkan..
Ustaz Zawawi yang ckit masa dulu ceramah dalam Radio IKIM kata kalu nak tahu apa yang kita tak tahu...banyak-banyakkan baca Asma ul-Husna...terutamanya sebut Ya Allah Ya Waliyyu...sebut sampai seribu kali setiap hari...jadikan zikir...insyaAllah akan diberikan ILHAM.
 
1 Hari Di Sisi Allah = 1000 Hari Di Sisi Masa Manusia


1 Hari Di Sisi Allah = 1000 Tahun Di Sisi Masa Manusia​

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua hadirin...

Minggu hadapan...
kita akan memasuki gelombang ke-2 bagaimana kita nak kenal pasti bilakah era pemerintahan Dajjal itu akan bermula...
Tiada 1 pun makhluk di langit & di bumi tahu akan bila tibanya setiap saat berlakunya sesuatu peristiwa di setiap pelusuk alam semesta ini,
melainkan seluruhnya terkandung dalam rahsia Allah,
dalam sebuah kitab ghaib lagi mulia,
di Lauh Mahfuz...
Namun,
rahmat Allah pada manusia tetap terhidang luas
bagi mereka2 yang benar2 dipilih untuk mengenal pasti
akan tanda2 untuk hadirnya peristiwa2 besar...

Tafsir AlQuran, Surah Yunus, Ayat Ke-5
"...Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu,
supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu).
Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak.
Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui..."




Dalam seramai2 nabi atau rasul....
atau sejak turunnya Adam ke planet bumi,
hampir kesemua nabi pernah mengingati umatnya masing2 tentang bahayanya fitnah dajjal,
tapi sayangnya.......
sayangnya tiada 1 pun rekod menunjukkan yang Dajjal berjaya keluar dari kurungannya sejak ribuan tahun dahulu,
dan ini membuktikan dengan SAHIHnya bahawa...
sudah pastilah Al-Masih Dajjal pasti keluar di zaman kita,
kalau bukan di zaman kita,
maka pasti 100% di zaman anak2 andalah yang pasti berhadapan dengannya !!!
Sedangkan bukti & tanda tentang keringnya tasik galilee,
sudah berlaku dengan jelas di hadapan mata anda melalui teknologi video & maklumat,
yang menjadi asbab besar berlakunya peristiwa besar tak lama aje lagi...
Sejak forum ini diapungkan...
berapa ramaikah dari anda semua,
sempat menceritakan pada sanak saudara,
tentang desas desus bahaya kemunculan ketiga2 AL-MASIH ini semasa pulang beraya ???

Wasiat Nabi Muhammad:
Nabi Muhammad meninggalkan 2 perkara utama iaitu Al-Quran & Sunnah untuk digenggam erat sebagai panduan hidup oleh umatnya dengan harapan umat ini tetap berada di dalam jalan yang lurus lagi benar.
Untuk tujuan itu,
untuk mengupas topik sempadan tanda2 besar ini,
ada senarai ayat2 suci Al-Quran dan huraian Hadis Sahih dapat kita sama2 huraikan & gabungkan untuk diteliti supaya kita mengenal tanda2 ini secepat mungkin sebelum kemunculan ketiga2 Al-Masih ini,
dengan harapan,
kita dapat bersegera menyampaikan tanda2 ini kepada semua keluarga2 kita yang tersayang,
supaya dapat terhindar dari bisa akibat besarnya fitnah Dajjal.

Sekiranya tiada halangan dan gangguan emosi di minggu hadapan,
maka ramai diantara anda semua akan melihat hasil kajian ini secara:
-tersusun
-kemas
-teratur
-senang difahami

Saya akan memulakan dengan 1 jadual fasa baru di mana...
Untuk menjadi ASBAB untuk keluarnya Al-Masih Dajjal,
maka mestilah juga Allah memberikannya tanda2 kepada umat akhir zaman,
dan hanya golongan yang mahu berfikir sahaja,
adalah dari golongan2 yang bakal menjadi golongan yang akhirnya selamat sepenuhnya dari fitnah kekuasaan Dajjal,
ketahuilah,
tiada 1 pun koordinat di planet bumi selain daerah Mekah & daerah Madinah,
yang pasti Dajjal melawat...
sehinggakan di dalam gua pun boleh jadi Dajjal akan melawat...
maksud saya di sini ialah,
potensi untuk anda atau anak2 anda dipukau & dikuasai Dajjal amat cerah sekali,
sekiranya anda terus mengabaikan segala peringatan baginda Nabi Muhammad,
iaitu senarai2 rekod betapa bisa & bahayanya fitnah Dajjal,
pada umat kita,
iaitu di zaman anda bernafas "sekarang ini",
dan sekiranya selepas forum ini diapungkan di internet masih tiada pembetulan dilakukan untuk diri sendiri & keluarga,
maka adalah dikhuatiri,
orang2 yang mengabaikan peringatan ini adalah dari golongan yang terang & jelas,
akan senang benar menjadi ikutan fitnah Dajjal & sistem2nya...


Minggu hadapan adalah kupasan mengenai masa.
Ini amatlah berkait rapat dengan tajuk forum ini iaitu:
Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa.
Anda kena faham,
dan saya ulangi dengan jelas supaya fikiran anda jangan terawang2....
dengan asbab turunnya Nabi Isa,
sudah pastilah ada tanda2nya yang menjadi rahmat kepada Muslim untuk mengenalpasti & menjadi peringatan & sebagai persediaan awal,
maka....
sebelum turunnya Nabi isa,
sudah pasti asbab untuk Al-Masih Isa turun turun ke planet bumi ialah dengan sudah munculnya Al Masih Dajjal,
dan mengikut kefahaman dan kesepakatan ulamak,
Al Masih Dajjal hanya akan muncul apabila munculnya pemimpin keturunan Nabi Muhammad dari timur,
iaitu Al Masih Mahdi...
dan untuk pengetahuan saudara serumpunku...
tanda2 untuk mereka bertiga keluar di zaman kita,
sudah amat jelas di sekeliling kita...

Tafsir AlQuran, Surah Al-Haj, Ayat Ke-47
"...Dan mereka meminta kepadamu agar azab disegerakan,
padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya.
Sesungguhnya 1 hari di sisi tuhanmu adalah seperti 1000 tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung..."




Sebelum saya buka hijabnya & kaitannya,
iaitu tentang 1 hari bersamaan 1000 tahun,
dengan keringnya Tasik Galilee,
dan tanda2 jitu pasti keluarnya Dajjal untuk menjalankan sistemnya,
dan tanda2 wang kertas akan collapse sistemnya (tak lama aje lagi),
yang sudahpun dimulai dengan jatuhnya sistem kewangan negara Zimbabwe,
dan bagaimana Pyramid dan bangunan modern di daerah2 Khurasan,
ada kaitan besar tentang kemunculan Dajjal ini,
dan bagaimana rapatnya hubungan suhu Bumi,
dengan munculnya tanda2 dari kerak gunung,
yang menjadi ASBAB kepada terkeluarnya Dajjal dari kurungannya di pulau itu,
dan perkaitannya tentang perhitungan hari ke hari,
tentang saat terakhir keringnya Tasik Galilee,
dengan asbab turunnya Nabi Isa,
dan munculnya Dajjal,
sedangkan Mahdi adalah Al-Masih pertama yang akan muncuk dahulu...
Dan semua perkaitan ini,
amatlah terang & nyata bagi mereka yang mahu berfikir & mahu menyelamatkan keluarga mereka dari bahaya fitnah dajjal.
Maka sesuailah seperti firman Allah dalam wahyunya iaitu:

Tafsir AlQuran, Surah Yunus, Ayat Ke-5
"...Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu,
supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu).
Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak.
Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui..."


Anda semua boleh mula bercerita berkenaan isu ini,
iaitu bagaimana amat relevannya kes ini dengan rekod hadis,
dan betapa ia amat menjadi tanda yang jelas lagi terang dalam kehidupan kita sekarang.

Saya akan mengupas tajuk ini panjang lebar,
diharap tuan2 jangan main2 dan menyakiti hati rakan2,
anda semua memang ada masa cuma apa yang saya risaukan,
sistem dajjal yang ada di sekeliling kita ini,
mungkin sedikit sebanyak bakal melambatkan proses kesedaran anda...

panji_hitam.jpg



Salam Ikhlas,
Salam Keberkatan,
Salam Peringatan,
MEGAT PANJI ALAM,
TEKNIK KERIS.


 
Barang siapa hafal sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surat Al-Kahfi ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal
Bab 16. TANDA-TANDA DAJJAL.
Berikut ini kami kutipkan beberapa Hadits yang menerangkan tanda-tanda yang mengiringi munculnya Dajjal. Adapun arti tanda--tanda itu akan kami terangkan kelak.

I. Sorga dan Neraka Dajjal

"Ia (Dajjal) akan datang dengan membawa semacam sorga dan neraka; dan apa yang ia katakan sorga itu sebenarnya, neraka" (Misykat, halaman 473).

"Dan ia akan membawa air dan api. Dan apa yang orang-orang melihatnya air, itu sebenarnya api yang menghanguskan; dan apa yang orang-orang melihatnya api, iiu sebenarnya air tawar yang sejuk" (Misykat, halaman 473)

"Ia akan membawa api dan sungai dan barang siapa jatuh dalam apinya, ia akan memperoleh ganjaran dan disingkirkan bebannya." (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2975)

"la akan membawa gunung roti dan sungai penuh air "(Kanzul-'-Ummal, jilid VII, halaman 2985).

"Ia membawa dua sungai, yang satu penuh air, dan satu lagi penuh api" (idem, halaman 2985)

"Dajjal akan muncul dengan membawa sungai dan api; barang siapa masuk dalam sungainya; ia akan memikul beban dan dilenyapkan ganjarannya; dan barangsiapa masuk dalam apinya, akan memperoleh ganjaran dan dihilangkan bebannya" (idem, halaman 2029).

Di antara fitnah Dajjal ialah bahwa ia akan membawa sorga dan neraka; adapun neraka Dajjal ialah sorga, dan sorga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia mohon pertolongan Allah sambil membaca permulaan surat al--Kahfi, maka neraka akan menjadi dingin dan damai" (idem, halaman 2028).

"Dan ia akan membawa semacam sorga dan neraka. Dan sorga Dajjal penuh dengan asap, sedangkan neraka Dajjal adalah kebun yang menghijau" (idem, halaman 2074).

Hadits yang lain berbunyi:

"Sungguh ia akan membawa sorga dan neraka. Adapun neraka Dajjal ialah sorga, dan sorga Dajjal ialah Neraka. maka barang siapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia menutup matanya dan mohon pertolongan Allah, dan neraka itu akan dingin dan damai" (idem, halaman 2079).

"Bagaimana perasaan kamu jika kamu diuji oleh seseorang yang sungai-sungai dan buah-buahan di bumi akan dibikin tunduk kepadanya" (idem, halaman 2090).

"Ia akan menjelajah dengan membawa dua gunung. Yang satu, penuh dengan pohon, buah-buahan dan air, dan yang lain, penuh dengan api dan asap. Ia berkata: Ini adalah sorga, dan ini adalah neraka" (idem, halaman 2110).

II. Kecepatan dan kendaraan Dajjal

"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajjal).

"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).

"Ia akan meloncat-loncat di antara langit dan bumi" (Abu Dawud).
.
"Dajjal akan muncul dengan naik keledai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh yard" (Misykat, halaman 477)

"Ia mempunyai seekor keledai yang ia naiki, yang jarak antara dua telinganya adalah empat puluh yard" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).-

"Ia menaiki seekor keledai putih, yang masing-masing telinganya tiga puluh yard panjangnya, dan jarak antara kaki yang satu dengan kaki yang lain adalah perjalanan sehari semalam" (idem, halaman 2998).

III. Harta kekayaan Dajjal

"Dan ia melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya" (Misykat, halaman 473).

IV. Kawan-kawan Dajjal hidup senang, dan musuh-musuh Dajjal hidup sengsara

"Ia datang pada suatu kaum dan mengajak mereka (supaya mengikuti dia), dan kaum itu beriman kepadanya, ia memberi perintah kepada langit, maka turunlah hujan, lalu ia memberi perintah kepada bumi, maka keluarlah tumbuh-tumbuhan. Lalu ia datang kepada kaum yang lain, dan mengajak mereka (supaya mengikuti dia), dan kaum itu menolak ajakannya, maka berpalinglah ia dari mereka, lalu kaum itu tertimpa kelaparan, dan tak ada sedikit kekayaan pun yang mereka kuasai" (Misykat, halaman 473).

"Dan di antara fitnah Dajjal ialah, apabila ia datang pada suatu kaum yang tak mau beriman kepadanya, maka tiada lagi ternak mereka yang tertinggal, melainkan binasalah semuanya; dan apabila ia datang pada kaum lain yang beriman kepadanya, maka ia memberi perintah kepada langit, lalu turunlah hujan, dan ia memberi perintah kepada bumi, lalu keluarlah tumbuh-tumbuhan" (Kanzul--'Ummal, jilid VII. halaman 2028).

"Sungai-sungai dunia dan buah-buahan akan tunduk kepada Dajjal; maka barangsiapa mau mengikuti dia, ia akan memberi makan kepadanya dan menjadikan dia seorang kafir dan barang siapa menentang dia, maka persediaan makanannya akan dirampas dan dihentikan mata-pencahariannya" (Kanzul-'Ummal; jilid VII halarnan 2090).

"Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahwa Dajjal adalah kafir, tetapi kami bersahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya" (idem, halaman 2092).

"Dan ia (Dajjal) akan membawa gunung roti, dan sekalian manusia akan mengalami kesukaran, terkecuali orang yang mengikuti dia" (idem, halaman 2104).

V. Partemuan Dajjal dangan roh

"bersama-sama Dajjal akan dibangkitkan setan-setan yang rupanya mirip dengan orang-orang yang telah meninggal, apakah itu ayah ataukah saudara" (idem, halaman 2065).

"Setan-setan yang rupanya mirip dengan orang yarg telah meninggal akan menyertai Dajjal, dan mereka akan berkata kepada orang yang masih hidup: Kenalkah engkau padaku? Aku adalah saudaramu; aku adalah ayahmu; atau aku adalah salah seorang kerabatmu" (idem, hal. 2078).

"Bersama-sama Dajjal akan dibangkitkan setan-setan yang akan bercakap-cakap dengan manusia" ( idem, halaman 2104).

VI. Kaum Yahudi di belakang Dajjal

"Dan di belakangnya ialah Dajjal yang bersama-sama dia adalah tujuh puluh ribu orang Yahudi" (idem, halaman 2028)

"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).
"Kebanyakan orang yang menyertai Dajjal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).

"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).

VII. Pengaruh Dajjal Terhadap Wanita

"Dan orang yang paling akhir yang mendatangi Dajjal ialah kaum wanita, sampai-sampai seorang pria mendatangi ibunya, anaknya perempuan, saudaranya perempuan dan bibinya, lalu mengikat mereka, agar mereka tak datang kepada Dajja!" (idem, hal. 2116).

VIII. Dajjal dan anak-anak yang tidak sah

"Awas! Kebanyakan kawan dan pengikut Dajjal ialah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah" (idem, halaman 2998)

IX. Laki-laki seperti wanita, dan wanita seperti laki-laki

"Dan para wanita akan tampak seperti laki-laki dan laki-laki akan nampak seperti wanita" (idem, halaman 2998)

X. Penyembuhan Ajaib

"Dan Dajjal akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan akan menghidupkan orang mati" (idem; halaman 2080)

XI. Bisikan Jahat Dajjal

"Barangsiapa mendengar perihal Dajjal, hendaklah menyingkir daripadanya. Demi Allah! Orang akan mendatangi Dajjal, dan ia menyangka bahwa dia adalah orang mukmin, dan ia akan mengikuti dia (Dajjal) karena sak wasangka yang ditimbulkan dalam batinnya" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2057)

XII. Munculnya Dajjal

"Ia (Dajjal) akan berkata: Apabila rantai yang mengikat aku ini lepas, aku tak akan membiarkan sejengkal tanah pun yang tak di-injak oleh kakiku, terkecuali kota suci Madinah" (idem, halaman 2991 )

"Dan tak sejengkal tanah pun di muka bumi ini yang tak dikuasai oleh Dajjal, terkecuali kota Makkah dan Madinah" (idem, hal. 2028).

"Dan tak lama lagi, aku (Dajjal) akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar dan mengadakan perjalanan di muka bumi, dan tak satu tempat-tinggal pun yang tak kusinggahi selama empat puluh malam, terkecuali Makkah dan Madinah" (idem, halaman 2988).

Bersambung ke Bab 17

Kembali ke Halaman Muka
sm027.gif (4469 bytes)

1
 
thx ... dapat ilmu pengetahuan

panjang & pening itu yang aku dapat :">
 
Back
Top
Log in Register