BTC USD 77,396.3 Gold USD 4,377.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

Antara Tanda-tanda Kiamat

Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya ke*****an, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.”

(Bukhari)
 
Tanda-tanda Hampir Kiamat

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!”

(Muslim)
 
sori kalu terkasar skit selama ini..kalu boleh mohon saudara/i armins_eye hantarkan hadis yang mengatakan keringnya tasik galilee = turunnya nabi Isa..dengan ini saya boleh rujukan kepada beberapa pihak seperti di bawah;

1. JAKIM
2. Tuan Guru Haji Abdul Hadi
3. Ustaz Nik Abduh ( anak Tuan Guru Nik Aziz)
4. Ustaz Azhar Idrus
5. Ustaz Harun Taib (Adun Manir-umah dia dekat la gak dengan umah aku sebab semukim :)..)

saudara/i armins_eye boleh pm kan sumber hadis tersebut (kering tasik galilee = turunnya nabi Isa) kepada saya...
 
Last edited:
"Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran."



seperti yang saudara/i katakan pada awal thread nih...artikel ini boleh dicetak dan boleh bertanya kepada pihak yang berkenaan...apa yang saya perlukan adalah sumber hadis...lagi molek sekiranya ada salinan text hadis tersebut...dengan ini saya boleh bertanya kepada beberapa pihak/orang yang saya nyatakan tadi.. :)
 
yang den baca kat dalam buku, dunia akan berada dalam keadaan huru-hara, peperangan, kucar-kacir. Kemudian akan muncul imam mahadi yang akan memerintah bumi ni selama 7,8,9 tahun dengan penuh kemakmuran.

Then lepas tu baru nabi Isa akan turun dan bersembahyang berjemaah dengan imam mahadi. :D

Kemudian Nabi Isa akan membunuh dajjal dan baginda akan memerintah dunia selama 40 tahun dan dunia kiamat. :D
 
yang den baca kat dalam buku, dunia akan berada dalam keadaan huru-hara, peperangan, kucar-kacir. Kemudian akan muncul imam mahadi yang akan memerintah bumi ni selama 7,8,9 tahun dengan penuh kemakmuran.

Then lepas tu baru nabi Isa akan turun dan bersembahyang berjemaah dengan imam mahadi. :D

Kemudian Nabi Isa akan membunuh dajjal dan baginda akan memerintah dunia selama 40 tahun dan dunia kiamat. :D

itu la...sebab tuh nak minta text hadis tuh..boleh la tanya 4 pihak yang aku nyata tadi...masih tunggu respond dari TT :D
 

Tabut dalam Hadis (Tasik Tiberias)

Umumnya hadis-hadis tentang tabut bukanlah hadis-hadis yang kukuh. Namun begitu kita akan cuba untuk mencari sesuatu yang mungkin dapat membantu kita dalam hal ini. Kadang-kadang perkara yang kecil dapat menjadi kunci kepada perkara-perkara yang besar.


Hadis pertama:

”Al-Mahdi akan mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.”

(Iqd al-Durar fi Akbar al-Imam al-Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi)
(1)


Di mana Tasik Tiberias?


Tasik Tiberias terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter.


Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.


Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
 
seperkara lagi...bila disebut dalam thread nih..anda semua ingat tak Laut Aral (Aral sea)..skang lautan nih dah jadi lautan garam...kering kontang...tinggal garam dan beberapa buah kapal yang kini menjadi besi buruk..sedangkan pada 1900-an dan sebelumnya..ia merupakan lubuk ikan bagi para nelayan..Tsar Russia Peter The Great sendiri pernah mengepalai armada tentera laut Russia menewaskan tentera norway di laut Aral..
 
Back
Top
Log in Register