BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta remuk dibaling sampah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Kerja dajal apabila seorang penghuni pangsapuri sengaja membaling bungkusan plastik berisi sampah dari tingkat atas sebuah flat PPR Setapak di sini, menyebabkan sebuah kereta penduduk yang diletakkan di tempat letak kereta remuk.

pix_middle


Lebih malang pabila pemilik kereta berkenaan yang juga seorang jurujual terpaksa menanggung kerugian RM1,500 bagi kos membaik pulih kenderaan itu yang pecah pada bahagian cermin hadapan serta kemek pada bumbung.


Mangsa, Lau Boon Seng, 26, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, Khamis lalu, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang jirannya yang tinggal di tingkat satu berhubung kejadian itu.


Menurutnya, dia yang tinggal di tingkat dua bergegas turun sebelum mendapati kereta Proton Satria miliknya kemek dihempap plastik sampah. “Agak mengejutkan apabila bungkusan plastik sampah itu yang mengandungi sisa makanan dan botol kaca bertaburan di atas bumbung kereta saya.


“Berdasarkan kesan kemek dan pecah itu, saya yakin bungkusan sampah itu dibuang penghuni yang tinggal di tingkat paling atas flat 17 tingkat berkenaan,” katanya.


Menurutnya, bungkusan sampah itu mengandungi botol kicap, sos cili, sisa makanan, kotak produk inai selain peralatan menghisap dadah.


“Jika plastik sampah yang dibuang itu terkena penduduk pasti kecederaan yang dialami boleh membawa maut,” katanya ketika ditemui, semalam.


Lau berkata, sikap kurang ajar segelintir penduduk yang sengaja membuang sampah dari tingkap rumah berikutan enggan menggunakan bakul sampah disediakan amat dikesalkan.


“Sebelum ini beberapa pekerja pembersihan yang sibuk menjalankan tugas di tingkat bawah pangsapuri cedera selepas terkena objek keras yang sengaja dijatuhkan dari tingkat atas flat.


“Saya sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan flat termasuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian berkenaan,” katanya.
 
eee xde kesedaran sivik tul...kalo la budak2 kecik tgh main kat bawah tu ...ape jadi?
 
Perrghh...kesian tuan punya kereta tu beb...

Sesetengah rakyat me'sia ni memang 3rd mentallity punya jenis...

Bagi lah nasihat apa pun ,..attitude terus lagi teruk ader laaa
 
duk apartment ke rumah tingkat2 ni mmg mcm ni..

keta kakak aku slalu kena... bata pun penah depa baling dr atas...
 
Alaaa.. ni keje mat dadah,dah laloq mcm nih la jadinya....
 
mcm keta mak cik aku r,org baling batu dr atas. jakun ngan ketinggian kot. sumer nk dibalingnye..
 
ke sbb khianat? dendam? mcm2 sbb bleh berlaku..
 
Tangkap siapa yang buang sampah tuh & campak dia lak kebawah...jangan laa tinggi sgt kang mati lak ..:D
 
Back
Top
Log in Register