BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta peronda polis dilanggar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA - Dua kereta peronda polis dilanggar ketika mengejar sebuah kereta yang dinaiki dua individu di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata bagaimanapun pemandunya yang berusia 35 tahun dan penumpangnya seorang wanita yang berusia 30 tahun berjaya ditahan dan polis menemui dua ketul dadah dipercayai jenis 'ice' dari kereta itu.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 1.30 pagi apabila kereta Viva berwarna putih tersebut dikesan di tepi Jalan Peringgit dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila dihampiri, pemandu kereta itu bertindak memecut kenderaanya ke kawasan Bukit Peringgit. Sambil mengekori kereta itu, anggota peronda dari balai Bukit Baru tersebut turut meminta bantuan anggota peronda yang lain bagi menjejaki kenderaan berkenaan, katanya.

Salehhudin berkata kenderaan itu dikesan bergerak keluar ke jalan besar dalam arah melawan arus menghala ke Hospital Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil, sebelum dapat dihalang kereta peronda dari balai Sungai Udang di bawah jejambat berhampiran.

Beliau berkata pemandu kereta yang menyedari usahanya melarikan diri telah dihalang, bertindak mengundur kenderaanya dan melanggar kereta peronda dari balai Bukit Baru sebelum bergerak ke depan semula dan melanggar kereta peronda sebuah lagi. - Bernama
 
Patut la lari tak mau mau, ada bawak 'ice' rupanya... tak ke mana pun jadi drug dealer nie, penjara jugak tunggu...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
nampak keta polis dah lari, nampak sgt ada bende salah dia bawak :)) adoii
 
penagih jer nih..
xkan pengedar dadah bawak viva jer
biggrin.gif
biggrin.gif
biggrin.gif
 
ICE=In Car Entertainment



tali gantung le jawab nye, bawak dadah...
 
kang polis tembak kalu salah polis pulak
nasib baik polis tak tercedera
 
Back
Top
Log in Register