balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Zhengzhou (China): Sebuah kereta ditimbus dengan sampah selepas ia menghalang laluan untuk pekerja pembersihan membuang sampah di satu kawasan di bandar ini.
Kereta berwarna putih itu dilapor diletakkan di depan sebuah pusat pengumpulan sampah sekali gus menghalang laluan lori sampah masuk ke lokasi berkenaan.
Pekerja pusat pengumpulan sampah pada mulanya berusaha menghubungi pemilik kenderaan berkenaan, tetapi gagal.
Keadaan itu menyebabkan pekerja pusat pengumpulan berkenaan berang kerana tugas mereka tergendala.
Selepas beberapa hari kereta berkenaan tidak dialihkan, pekerja pusat pengumpulan itu bertindak membuang sampah di atas kenderaan itu.
Dalam sehari sahaja, beberapa lori sampah datang dan membuang sampah di atas kereta itu sehingga ia hampir tertimbus.
Gambar kereta berkenaan yang hampir ditimbus dan dikelilingi dengan sampah menjadi viral di laman sosial di China.
Bagaimanapun, pemilik kereta itu dilaporkan masih belum mengalihkan kenderaannya. - Agensi