BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta di parkir terbakar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Anggota bomba meninjau keadaan kereta jenis Proton Perdana yang terbakar 100 peratus berhampiran pasaraya Giant, di sini, malam kelmarin.
< 1 / 1 >
TAMPIN – Pengunjung berhampiran pasaraya Giant dan kedai di lokasi berkenaan cemas apabila melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diparkir di kawasan berkenaan terbakar secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.03 malam kelmarin itu, pemilik kenderaan iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun tiada di lokasi kejadian.

Menurut pekerja pasar raya, Fauzi Abu Bakar, 50, ketika kejadian, dia dan rakan-rakan sekerjanya berada di bahagian belakang pasar raya dan terkejut apabila ternampak orang ramai mengerumuni lokasi kejadian.

"Ketika itu juga, anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kereta berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, malam kelmarin.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan empat anggota bomba diketuai Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Pegawai Bomba Kanan II Roslan Sahrani bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

Menurut Roslan, sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan pihaknya mengambil masa dua minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.
"Kereta berkenaan terbakar 100 peratus," katanya.
 
Macam mana parking lh terbako ni... Musykil aku...
 
Back
Top
Log in Register