Baby
Active+ Member
- Messages
- 3,173
- Joined
- Sep 19, 2007
- Messages
- 3,173
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
TMS medan pamer model unik
SEBAGAIMANA dijanjikan, Tokyo Motor Show ke-40 mempamerkan 520 kenderaan termasuk 71 model utama dunia dan 97 jentera yang pertama kali diperkenalkan pengeluar Jepun.
Tokyo Motor Show (TMS) 2007 di Makuhari Messe, Chiba City, Tokyo memberikan peluang kepada pengunjungnya menjadi orang pertama menyaksikan jentera masa depan sementara puluhan model dipertontonkan bakal berada di pasaran tahun depan.
Menyedari hakikat bahawa semakin banyak kereta Jepun dibina di luar negara, pengeluar di negara matahari terbit itu mengambil kira pasaran global terutama saingan daripada Eropah, Amerika dana Korea.
Pameran bermula 27 Oktober hingga 11 November di kawasan seluas 44,000 meter persegi itu menempatkan pelbagai model seperti Toyota, Lexus, Daihatsu, Subaru, Audi, Peogeuot dan Lamborghini di Dewan Barat. Di Dewan Tengah menempatkan Nissan, Honda, Mitsubishi, Suzuki, Renault, BMW, Fiat dan Ferrari. Sementera di Dewan Timur, dapat disaksikan Ford, Jaguar, Land Rover, Citroen, Mercedes Benz dan Mitsuoka.
Bagi yang meminati motosikal, di Dewan Utara menawarkan model terkini Harley Davidson, Triumph, Ducati, Honda, Suzuki dan Kawasaki.
Pameran yang dibuka kepada media sehari lebih awal itu juga mempromosikan konsep mesra alam.
Antara yang mencuri perhatian ialah Nissan GT-R , jentera multi-dimensi terkini berkonsepkan kereta super untuk kegunaan 'semua, di mana saja dan sebarang masa’.
Nissan GT-R yang diperkenalkan kali ini melalui pakej Premium Midship yang diperbaharui. Jentera ini bakal memasuk pasaran di Jepun mulai 6 Disember ini.
Kereta pacuan empat roda diasaskan daripada model Skyline ini tidak seperti generasi sebelum ini apabila versi terbarunya hanya menggunakan nama GT-R saja.
Ia menggunakan enjin 3.8 liter turbo berkembar VR38DETT, jenama baru dikeluarkan Nissan dicipta khusus untuk jentera ini.
Kuasa maksimumnya ialah 480 PS (353kW) pada 6400rpm, menjadikan GT-R jentera kegunaan di jalan raya paling berkuasa di dunia dan paling berprestasi dihasilkan Nissan setakat ini.
Tork maksimumnya pula 60kg/m (588Nm) pada 3200 hingga 5200rpm.
Pembinaannya mengambil kira faktor semula jadi bumi termasuk tekanan graviti dan ini diterjemahkan melalui reka bentuk baru sepenuhnya dengan memaksimumkan cengkaman tayar dan pengaliran udara.
Integrasi antara kereta dengan pemandu dikaji dalam pembuatannya dan ini menghasilkan Human Machine Interface (HMI) yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pasaran.
Intima pula menawarkan salun generasi baru berkonsep kehidupan moden, menyediakan keselesaan, santai dan keseronokan menikmati pemandangan ketika pemanduan.
Model anggun ini diilhamkan untuk mereka yang inginkan suasana mewah selepas puas melalui pelbagai rencah kehidupan dalam memburu kejayaan.
Jentera Nissan ini menggabungkan reka bentuk dalaman mempesonakan dengan pelbagai fungsi berteknologi tinggi. Intima dilengkapi sistem keselamatan termasuk Monitor Pandangan Sekeliling (Around View Monitor) dan Sistem Sokongan Kawalan Jarak Jauh (Distance Control Assist System (DCAS).
Bumbung kaca Intima direka bersambung dengan cermin hadapan kereta membolehkan penumpang menikmati pandangan luar lebih selain menambah keselesaan pemanduan. Ia dijana enjin diesel V6 yang bersih dan mesra alam.
Sistem penyaman udara pintar empat zon menyediakan keselesaan kepada semua penumpang apabila mengawal suhu untuk setiap individu di setiap tempat duduk melalui penggunaan pengesan inframerah.
Ruang penyejuk beku turut disediakan untuk menyimpan minuman dan snek.
Round Box (RD/BX) pula hadir dalam bentuk kompak mewakili jentera tanpa bumbung generasi baru permotoran.
Ia bukan hanya memberi suasana santai kepada pemandu, malah penumpang turut sama berkongsi udara segar dan spesifikasi berteknologi tinggi yang mudah digunakan.
Jentera ini hadir dengan enjin turbo mesra alam berasaskan Nissan's advanced Xtronic CVT.
Sementara itu, antara kenderaan paling menarik perhatian di TMS 2007 ialah kereta konsep Pivo 2. Kereta berbentuk bujur yang comel ini dibangunkan daripada model terdahulu, Pivo.
Kereta konsep menggunakan kuasa elektrik ini boleh berpusing 360 darjah dan ini memudahkan pemanduan di kawasan sempit termasuk di petak letak kereta.
Model terbaru ini dilengkapi teknologi canggih dengan menempatkan ejen robotik (RA), pembaharuan dalam hubungan pemandu dengan kereta dipandu.
RA pada panel berinteraksi dengan pemandu apabila ia boleh `berbual’ dan `mendengar’.
Mood pemandu dapat dikesan RA menerusi percakapan dan ekspresi wajahnya dan dari situ ia akan memberi maklum balas jika ada tanda-tanda seperti mengantuk untuk mengingatkan supaya berehat atau berhenti memandu. Selain `berkata-kata’ ia juga boleh mengangguk atau menggelengkan kepala.
Selain memberikan maklumat pemanduan, ia turut diprogramkan untuk `menenang’ atau `menggembirakan’ pemandu bergantung kepada keadaan.
Kesimpulannya, TMS meletakkan acara dwi-tahunan itu setanding dengan penganjuran pameran motor bertaraf dunia lain seperti di Detroit, Frankfurt, Paris dan Geneva.

Attachments
-
18.8 KB Views: 212