BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta baru beli tapi enjin bising

ne_02.1.jpg

SRIDHARAN menunjukkan salinan laporan polis dan gambar enjin keretanya ketika dibaik pulih di sebuah bengkel di Kuala Lumpur semalam.​

KUALA LUMPUR - Kereta baru tapi enjin bunyi macam lori.

Itu dakwaan seorang pekerja swasta, G. Sridharan, 35, yang terpaksa memendam perasaan apabila enjin kereta import dari Jepun yang baru dibelinya berbunyi kuat.

"Pada mulanya saya menganggap bunyi bising yang keluar dari bahagian enjin itu mungkin perkara biasa tetapi selepas saya memandu model kereta yang sama milik rakan, saya dapati enjin kereta itu tidak berbunyi kuat seperti kereta saya," katanya di sini semalam.

Menurut Sridharan, pembelian kereta itu melibatkan perjanjian sewa beli kira-kira RM115,000 dengan sebuah bank pada 26 Mei lalu dianggapnya tidak berbaloi kerana enjin kenderaan itu berbunyi bising.

Dia juga telah mengemukakan masalah itu kepada pekerja pusat servis syarikat kereta tersebut dan mereka berjanji akan menyelesaikan perkara itu pada servis kali kedua.

Selepas dibaiki pada servis kali kedua, bunyi itu masih tidak hilang sehingga pekerja pusat servis itu membuka keseluruhan enjin kereta berkapasiti 1800cc berkenaan bagi mengenal pasti masalah yang dialami.

biasalah manufacture. dalam 1000 akan ada 1-2 yg kureng. ni qc pnya pasal la.
 
ok la tu kurang2 kedai tu nak jugak baiki
 
atau mamat nieh bawak keta lasak sangat....

yela...

1.8 takkkan nk bawak 110 jer...

kurang2 180.....
 
ooo itu technician yg pasang x dpt bonus :))
 
keter impot mahal sbb cukai je. enjen lebih kurang je
 
kereta nie da mamat2 jepun kasi lenjan sblum dimusnahkan..tapi adelah tgn yng kasi seludup sblum dipotong nie..
 
honda stream rsz?
1.8 gak dan ada brand new?
ada modi kot sampai kuar bunyi2 ni....
maybe default model...
claim je blek kat syarikat tu kalu under waranty
 
nasib baik keta jepun,cuba kalu proton...berjabu pakat dok maki...
 
Back
Top
Log in Register