BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keranda ditemui dalam keranda batu

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
du_07.1.jpg


LEICESTER, Britain - Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah keranda misteri di dalam sebuah keranda batu dekat sebuah tempat letak kereta di sini kelmarin.

Tapak itu juga merupakan lokasi penemuan makam bekas pemerintah England, Raja Richard III. Kubur lama itu berusia 500 tahun.

Pasukan pakar arkeologi berkenaan kembali ke tapak tersebut awal bulan ini untuk melakukan kajian lebih terperinci.

Usaha mereka membawa kepada penemuan sebuah keranda batu yang di dalamnya berisi sebuah keranda kecil.

Pasukan arkeologi itu menemui keranda batu tersebut di bawah bangunan Jabatan Perkhidmatan Sosial, Dewan Bandaraya Leicester di sini.

"Ia sesuatu yang menarik selepas penemuan rangka Richard III," kata Pengarah Perkhidmatan Arkeologi Universiti Leicester, Mathew Morris.

"Kami masih mencari cara selamat untuk membuka keranda tersebut kerana kami tidak mahu isinya rosak," tambah ahli arkeologi berkenaan.

Menurut Morris, seramai lapan orang diperlukan untuk mengangkat penutup keranda batu tersebut.

Keranda luar itu panjang lebih dua meter dan lebar 60 sentimeter di satu bahagian serta 30 sentimeter di sudut lain. - Reuters
 
mmg bentuk asal...
 
Ni mesti keranda Drakula ni.. abislah.. ramai rakyat England akan mati kena hisap darah.. hehehe
 
rangka budak tu..kecik je keranda

abisla tertangguh projek kt situ
 
keranda dlm keranda tu.. budak kot dlm tu mcm kecik je..
 
huh...dasyat...misteri ni..agak nye sapa la punya mayat ea...
 
double keranda,, apa la dieorg pikir masa duk wat benda tu..
 
Back
Top
Log in Register