ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuala lumpur-4-Mei-2015-Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di rancangan Suara hak TV1di Angkasapuri di sini hari ini-GAMBAR ZAINI HUSIN -BERITA-AZMAN
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kerajaan akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10’ walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan bertemu dengan ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi bagi membincangkan mengenai perkara itu beberapa hari lagi.
Jelasnya, hasil keputusan perbincangan itu pula dibentangkan di Parlimen pertengahan bulan ini.
“Rakyat mahukan pembelian kad tambah nilai prabayar RM10 dan mereka akan dapat nilai RM10.
“Sehubungan itu, saya mengambil keputusan untuk memilih cadangan tersebut kerana itu adalah kehendak rakyat. Kita akan berbincang mengenai formula dan mekanisme pelaksanaan cadangan itu dengan syarikat telekomunikasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Suara Kita Hak Kita edisi khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertajuk Top up: Apa masalahnya? di sini hari ini.
Rancangan selama sejam itu diacarakan oleh Datuk Dahlan Maamor dan Shahril Sarapuddin.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter miliknya meminta Ahmad Shabery menjawab mengenai isu tambah nilai kad prabayar kepada rakyat.
Mengenai kekeliruan arahan pelaksanaan harga tambah nilai prabayar kekal dijual RM10 bermula 1 Mei lalu, Ahmad Shabery berkata, hal-hal yang berkaitan cukai sebenarnya bukan di bawah kementeriannya.
Beliau menjawab, hal-hal cukai dan teknikal lebih difahami oleh mereka yang memainkan peranan profesional seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
“Setiap keputusan tidak boleh dibuat dalam tempoh dua hari dan saya harap rakyat dapat bersabar,” ujarnya.