BTC USD 86,019.9 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan mahu formula

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Kuala lumpur-4-Mei-2015-Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di rancangan Suara hak TV1di Angkasapuri di sini hari ini-GAMBAR ZAINI HUSIN -BERITA-AZMAN​

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kerajaan akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10’ walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan bertemu dengan ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi bagi membincangkan mengenai perkara itu beberapa hari lagi.

Jelasnya, hasil keputusan perbincangan itu pula dibentangkan di Parlimen pertengahan bulan ini.

“Rakyat mahukan pembelian kad tambah nilai prabayar RM10 dan mereka akan dapat nilai RM10.

“Sehubungan itu, saya mengambil keputusan untuk memilih cadangan tersebut kerana itu adalah kehendak rakyat. Kita akan berbincang mengenai formula dan mekanisme pelaksanaan cadangan itu dengan syarikat telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Suara Kita Hak Kita edisi khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertajuk Top up: Apa masalahnya? di sini hari ini.

Rancangan selama sejam itu diacarakan oleh Datuk Dahlan Maamor dan Shahril Sarapuddin.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter miliknya meminta Ahmad Shabery menjawab mengenai isu tambah nilai kad prabayar kepada rakyat.

Mengenai kekeliruan arahan pelaksanaan harga tambah nilai prabayar kekal dijual RM10 bermula 1 Mei lalu, Ahmad Shabery berkata, hal-hal yang berkaitan cukai sebenarnya bukan di bawah kementeriannya.

Beliau menjawab, hal-hal cukai dan teknikal lebih difahami oleh mereka yang memainkan peranan profesional seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Setiap keputusan tidak boleh dibuat dalam tempoh dua hari dan saya harap rakyat dapat bersabar,” ujarnya.
 
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter miliknya meminta Ahmad Shabery menjawab mengenai isu tambah nilai kad prabayar kepada rakyat.

Kenapa tak tweet Ahmad yang lagi 1?
 
Sebelum GST dilaksanakan...Harga top-up dgn tambah nilai RM10 adalah RM10 dan sudah termasuk dgn cukai kerajaan sebanyak 6%.

Setelah GST dilaksanakan...Cukai kerajaan sebanyak 6% dihapuskan dan diganti dgn GST yg juga bernilai 6%.

Jadi formulanya...

6% - 6% = 0%.

RM10 + 0% = RM10 :)cgrock

Formula sudah diberi.Sila hafal. :D
 
terbaik, simple formula tapi berkesan
 
Menteri minta formula dari rakyat? kata bo.doh marah, kau yg gazet GST hingga mcm2 kes keluar, minta tolong rakyat? dah lah tibai rakyat dgn GST. bo.do.
 
Menteri pun takut nak lawan Telco. Tarik ajelah lesen.
 
Sebelum GST dilaksanakan...Harga top-up dgn tambah nilai RM10 adalah RM10 dan sudah termasuk dgn cukai kerajaan sebanyak 6%.

Setelah GST dilaksanakan...Cukai kerajaan sebanyak 6% dihapuskan dan diganti dgn GST yg juga bernilai 6%.

Jadi formulanya...

6% - 6% = 0%.

RM10 + 0% = RM10 :)cgrock

Formula sudah diberi.Sila hafal. :D

tgk ini shabat xda dpt 3.85 pun bole jawab.
itu ahmadmaslan pasti 1tahun kira cari formula pun xkan dapat punya sure
 
Formula mendanya lagi
Guna bahasa macam2, nak bagi nampak pandai.
Penyelesaiannya senang je, anak aku pun boleh solve
 
Back
Top
Log in Register