BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Letak Keutamaan Tinggi Usaha Banteras Rasuah - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
86369e6015621fd9af7bcd6fa9b292c369196fde2b88a

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) menjawab soalan media pada majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah hari ini.

Kerajaan meletakkan keutamaan tinggi terhadap usaha membanteras gejala rasuah, terutama kes-kes berskala besar yang melibatkan kerugian berbilion ringgit kepada negara, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberi contoh tindakan tegas pentadbirannya dalam membanteras kartel dan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Klang, yang menurutnya telah beroperasi sejak puluhan tahun tanpa tindakan tegas sebelum ini.

Sejurus selepas menerima taklimat mengenai kegiatan penyeludupan di pelabuhan berkenaan, kerajaan katanya telah melaksanakan tindakan agresif sehingga membawa kepada rampasan bernilai RM15.5 bilion serta pendakwaan ke atas beberapa individu.

“Wujud satu kartel besar yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan di Pelabuhan Klang, termasuk kontena berisi dadah yang dihantar keluar dari pelabuhan itu sebelum ditahan pihak berkuasa di Australia.

“Saya kata, saya tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara ini. Kita lakukan serbuan, dan sindiket itu sangat kuat, ada orang dalam, ada ugutan.

“Lebih buruk lagi, ada juga perlakuan jenayah termasuk kes kematian dan ugutan. Tetapi saya salute dan puji agensi kerana mereka berani bertindak apabila kerajaan mempunyai kemahuan politik (political will) yang jelas. Kini, kita telah mengambil tindakan, kita berjaya membuat rampasan dan mendakwa beberapa individu di mahkamah. Itu adalah kes yang jelas,” katanya pada majlis Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama Perdana Menteri hari ini.

Anwar menegaskan bahawa segala tindakan membanteras rasuah tetap tertakluk kepada bukti kukuh dan keperluan undang-undang, selain menolak dakwaan bahawa kerajaan perpaduan mengabaikan komitmen memerangi rasuah hanya kerana bekerjasama dengan parti-parti yang pernah dikaitkan dengan skandal.

Beliau berkata banyak tuduhan yang tular hanya bersandarkan rakaman video atau dakwaan umum tanpa asas, sedangkan tindakan undang-undang hanya boleh diambil selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wujud kes yang boleh dibawa ke mahkamah.

Malah, katanya, kerajaan tidak pernah menghalang sebarang siasatan terhadap mana-mana individu, termasuk tokoh politik berpengaruh.

 
Back
Top
Log in Register