BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Digesa Percepat Pelaksanaan Akta Pendanaan Politik

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
2ea2bbe6282352d8443c1a6b9205b64d69cd38de43a1a


Kerajaan digesa mempercepat pewartaan dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik bagi memperkukuh integriti serta menangani rasuah yang semakin kompleks.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia Jais Abdul Karim berkata langkah itu penting memandangkan isu rasuah kini bukan lagi bersifat konvensional, sebaliknya semakin sukar dikesan berikutan perkembangan teknologi dan dunia digital.

"Rasuah kini semakin kompleks, saya boleh katakan ia ibarat kanser tahap empat. Kalau dalam bidang perubatan cakap ia tiada harapan, namun saya tetap menaruh harapan supaya masalah ini dapat ditangani antaranya menerusi pelaksanaan akta ini," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk “Undang-Undang Baharu: Benteng Integriti Negara” terbitan Bernama TV malam ini.

Turut menjadi tetamu program itu ialah Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Young Syefura Othman.

Jais berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan memandangkan banyak negara lain telah melaksanakannya dengan hasil positif.

Beliau berkata pelaksanaan akta itu juga wajar dipercepat kerana merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan.

“Ini adalah manifesto kerajaan, maka inilah masanya untuk dilaksanakan,” katanya sambil menggesa Ahli Parlimen menyokong usaha berkenaan demi kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu, Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata kerajaan komited mewujudkan undang-undang baharu berkaitan rasuah dan integriti selaras dengan agenda reformasi institusi.

"Saya juga percaya, akan ada penggiliran rang undang-undang berkaitan pendanaan politik ini (dibentangkan) di Parlimen nanti," katanya.

 
Back
Top
Log in Register