ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
JASIN 1 April – Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan di semua pasar raya dan kedai di negara ini mencukupi walaupun negara mencatat sejarah melaksanakan penstrukturan baharu sistem percukaian negara dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengguna seharusnya tidak panik dan membeli seperti biasa kerana pihaknya telah mengarahkan kementerian bertanggungjawab untuk memastikan bekalan keperluan orang ramai itu mencukupi.
Menurut beliau, dua agensi yang telah diberi tanggungjawab itu adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diberi mandat untuk memastikan semua bekalan keperluan asas dan bekalan makanan rakyat sentiasa disediakan.
“Pengguna tidak seharusnya panik (membuat pembelian) kerana barang keperluan ketika ini lebih daripada mencukupi. Saya lihat ada sesetengah mereka mengambil kesempatan sebelum tarikh GST berkuat kuasa dengan membeli sehingga rak-rak di pasar raya kering.
"Bagi saya tidak perlu dibuat begitu kerana bekalan sentiasa ada atau pengguna membeli seberapa banyak mungkin barangan untuk mengelak daripada dikenakan kadar cukai yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Pembangunan Polygreen Politeknik Malaysia di Politeknik Merlimau Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai penjelasan pelaksanaan GST oleh kerajaan bermula hari ini di seluruh negara bagi menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, GST berkuat kuasa hari ini pada kadar hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, pada hari pertama pelaksanaan GST, kerajaan berharap agar sistem percukaian baharu itu dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar walaupun tidak dapat dielakkan akan berlaku beberapa permasalahan daripada segi pelaksanaan.