BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan UPKO Sertai GRS Diketahui 18 Jun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,734
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,734
Reaction score
97
Points
80

Keputusan UPKO Sertai GRS Diketahui 18 Jun​

1467b5448e5d455caed9ac2d6110262365d1fe85054f4


Keputusan permohonan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti komponen akan diketahui pada 18 Jun.

Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata beliau kini mengadakan sesi libat urus dengan kepimpinan UPKO bagi mendapatkan maklumat berkaitan sebagai persediaan menyediakan kertas pertimbangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.

“Mesyuarat GRS dijadualkan berlangsung pada 18 Jun dan keputusan rasmi dijangka dibuat dalam mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di sini hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata hasrat UPKO dilihat sebagai perkembangan positif dalam menyatukan parti tempatan di bawah satu gabungan.

Beliau menjelaskan syarat utama penyertaan UPKO ialah perlu berpegang teguh kepada empat teras perjuangan GRS iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Pada 29 Mei, UPKO mengemukakan permohonan itu secara rasmi yang diserahkan oleh Presidennya Datuk Ewon Benedick kepada Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

GRS kini dianggotai lima parti komponen, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah.

 
Back
Top
Log in Register