combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,401
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,401
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ewon, Donald Kekal Teraju UPKO
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick
Datuk Ewon Benedick kekal menerajui Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai Presiden bagi penggal 2026-2029, manakala Datuk Donald Peter Mojuntin juga kekal sebagai Timbalan Presiden parti.
Perkara itu dicapai selepas kedua-dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan pada pemilihan parti bersempena dengan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di sini, hari ini.
Yang turut dipilih tanpa pertandingan ialah lima Naib Presiden, iaitu Jairaiaz Joseph, Datuk Wong Thien Fook, Datuk Pangiran Lalung, Datuk Basari Sarikun, dan Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu.
Ewon ketika menyampaikan ucapan penggulungan persidangan berkenaan berkata beliau menghormati amalan demokrasi serta keputusan yang dibuat para perwakilan dalam pemilihan berkenaan.
“Pemilihan ini seharusnya mengukuhkan parti kita, bukan melemahkan parti. Semua ahli parti kita merupakan keluarga besar UPKO,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin yang terpilih dan menyifatkan keputusan pemilihan itu sebagai usaha untuk terus mengukuhkan parti.
Ewon berkata barisan kepimpinan baharu bertanggungjawab menyampaikan resolusi parti kepada pimpinan kerajaan, khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Pimpinan dan wakil-wakil rakyat UPKO juga akan mengangkat pendirian serta resolusi parti untuk dibawa dalam perbahasan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
Dalam perkembangan sama, beberapa sayap UPKO menyaksikan perubahan kepimpinan menerusi proses pemilihan.
Carlye Lajimin dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UPKO yang baharu, manakala Newbaxter Tibin sebagai Timbalan Ketua.
Loading…
www.bernama.com