BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beberapa Parti Mohon Sertai GRS - Masidi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
b608b4b60a76a657425007f05a76de3b68a84bd648f15

Datuk Seri Masidi Manjun

Terdapat beberapa parti politik telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata perkembangan tersebut mencerminkan landskap politik negeri itu yang terus kekal dinamik.

“Saya fikir orang akan datang dan pergi, tetapi buat masa ini sudah ada permohonan baharu daripada parti politik yang lain.

"Tetapi, biarlah Pengerusi GRS (Datuk Seri Hajiji Noor) yang umumkan bila masa sesuai,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Malam Gala anjuran Dewan Perniagaan Malaysia–China (MCCC) Cawangan Sabah di sini hari ini.

Juster, Masidi yang juga Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kewangan Sabah berkata keputusan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk keluar daripada GRS adalah sebahagian daripada realiti politik yang sentiasa berubah dan sukar diramal.

“Maksudkan ialah politik ini sangat berubah-buhan dan dinamik. Kadang-kandang kita tidak dapat nak ramal apa yang akan berlaku selepas hari esok. Jadi, walaupun saya berharap mereka kekal bersama, kami tetap menghormati keputusan mereka untuk keluar daripada GRS. Saya fikir kita berpisah sebagai kawan dan bukan sebagai musuh, itu paling penting,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai yang turut hadir berkata beliau menghormati keputusan USNO dan menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Kita juga faham alasan yang diberi adalah tidak lagi serasi. Bagi kita di GRS, kita akan terus menumpukan usaha menyatupadukan semua parti dan masyarakat di Sabah. Kita tidak akan hilang fokus,” katanya.

Pada Rabu lepas, Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan partinya telah meninggalkan GRS semasa pertemuan dengan Hajiji.

 
Back
Top
Log in Register