kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Keputusan STPM 2025 Catat PNGK Nasional Tertinggi Sejak 2013
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff bercakap pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Dewan Besar MPM hari ini.
Pencapaian keseluruhan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 menunjukkan peningkatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) nasional meningkat kepada 2.88 berbanding 2.85 pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata peningkatan 0.03 mata itu menjadikan PNGK STPM 2025 sebagai yang tertinggi sejak 2013 dengan peningkatan sebanyak 12.06 peratus berbanding PNGK 2.57 yang dicatatkan pada tahun berkenaan.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata sebanyak 40,199 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2025 berbanding 42,861 calon pada 2024.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 38,144 calon atau 94.89 peratus hadir menduduki peperiksaan,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 di Dewan Besar MPM hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.
Dari segi aliran, beliau berkata sebanyak 35,774 calon atau 93.79 peratus yang hadir terdiri daripada aliran sains sosial manakala 2,370 calon atau 6.21 peratus aliran sains.
Beliau berkata mata pelajaran Pengajian Am kekal sebagai mata pelajaran wajib dengan bilangan calon menduduki tertinggi, iaitu sebanyak 38,083 orang.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 1,336 calon atau 3.50 peratus memperoleh PNGK 4.00, meningkat sebanyak 70 calon berbanding tahun 2024.
Beliau berkata bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam semua lima mata pelajaran diambil meningkat daripada 53 calon pada 2024 kepada 60 calon pada tahun ini.
Bilangan calon yang memperoleh 4A turut meningkat kepada 1,285 orang berbanding 1,228 calon pada tahun sebelumnya.