nak tanya.. kalau bibik lari, TT ganti x yg baru?
sebelum saya ulas tentang soal lari samada ganti atau tidak, ingin saya jelaskan beberapa perkara mengapa bibik lari:
1. tidak mendapat layanan yang baik
2. terasa diri tak dihargai
3. terasing kerana jarang diajak bersembang
4. terlalu banyak teguran yang menyusut hati
5. terlalu banyak peraturan itu tak boleh ini tak boleh
6. majikan tak pernah bertanya tentang masalah dan sakit demam dan sebagainya
7. rumah tidak ceria spt suasana kuarga bahagia
selama saya menguruskan bibik lari, hanya ada seorang sahaja bibik yang lari dr rumah majikan kerana mungkin kehendak kedua dua pihak. tuan rumah tak selesa dan bibik juga kurang selesa. Si isteri terlalu jeles bila bibik nampaknya mesra dengan si suami walhal si suami hanyalah melayan bibik sebagai ahli kuarga. bibik ni hanya kerja selama hampir 3 bulan sahaja. kemudian wang lebihan kos separuh dijelaskan semula. bayaran tidak diganti sepenuhnya kerana saya dapati permasalahan timbul dr pihak majikan
saya sebagai pengusaha bawa bibik dr sana berbtanggungjawab untuk memastikan bibik dalam keadaan baik dan aman. sebulan sekali saya akan telefon bertanya khabar. dan saya juga akan berhunbung dengan majikan tentang sebarang complaint bibik atau sebagainya
so soal ganti itu bergantung kepada keadaan. insya allah kalau layanan yang baik dan bibik seronok tinggal bersama anda maka dia tak akan lari.
sebagai rakan islam, banyakkan teguran membina dr segi agama kepada bibik supaya dia lebih peka terhadap isu2 agama