BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keperluan Maid @ BIBIK

ikutkan saya nyer sedara nak order bibik sorang untuk jaga maknya yang sedang sakit
 
setakat ni, saya cuma menguruskan yang dari indon sahaja. Insya allah semua yang saya amik adalah islam dan memahami peradaban dan cara org melayu kita kerana special amik dari bandung...

oh yer ker.
saya hanya prefer yang local atau pun dari siam sahaja :)
kalau sedari ada bibik local or siam (yang boleh cakap Melayu), PM lah saya nanti yer.
 
ok , nanti dah ada harga senang skit .
 
betul gak tu at least org local nie senang sikit....
karang lari lak bibik nie... sapa mahu tanggung....
local ada ke TT? baper harga kosnya? kalo INDON & Local... bagitahu lah senang sikit nak wat budget...

bila cerita soal lari, mencuri dan sebagainya yang tak baik itu adlaah suatu risiko yang kita kena tanggung. Kebiasaannya dari pengalaman saya yang lepas bertanyakan bibik yang lari adalah kerana tidak seronok tinggal bersama majikan. Ada antara majikan membezakan darjat sesama manusia melayan bibik bagaikan pacar yang hina

kita haruslah membentuk keceriaan seisi rumah dan melayan bibik dengan baik. saya juga mempunyai bibik sendiri dan setakat ni saya nampak dia happy cuma kadang kala kelihatan diwajahnya rindu akan keluarga dikampung. So kadang2 saya bekalkan prepaid percuma untuk die call sedara die dikampung.

Sekali sekala ajak makan semeja juga amalan yang baik. asalkan die ingat dn sedar yangh kita tetap majikannya. sakit demam pun kena tanya juga sebab dah menjadi t.jawab kita utk pastikan apa yang terbaik untuknya

saya percaya kehadiran bibik sebenarnya lebih menceriakan seisi rumah dengan kehadiran ahli kuarga baru. cuma kita sebagai majikan kena lah tegur apa yang tak baik. contohnya dari segi agama dan peradaban melayu
 
Kalu local tak silap kita kena la carik sendiri dr kawan2 ka sedara2 kenal gadis2 kampung ka.Ikot pemahaman aku TT offer bibik dari Indon.Kalau harga tu lagi murah dari amek kat agensi why not?Tapi sebelum tu nak gak tau TT ni dari agensi berdaftar atau one man show?
 
oh yer ker.
saya hanya prefer yang local atau pun dari siam sahaja :)
kalau sedari ada bibik local or siam (yang boleh cakap Melayu), PM lah saya nanti yer.

siam biasanya suka bekerja dikedai makan kerana income lebat. kalau tidak mereka inginkan income bulanan diantara rm800-1000 sebulan. Berbeza dengan indonesia yang matawangnya jauh lebih rendah berbanding thai. bayaran bulanan 450-500 sudah mencukupi dan cukup byk.

kalau yang local pula biasanya demand lebih tinggi. yang muda pastinya tak nak. dan yang tua pula susah nak dapat kalau ada apun kebiasaannya tak nak tinggal sepenuh masa dirumah kita. dia hanya mahu kerja jam 8-5ptg mcm kita kerja juga. Biasa nya rate gaji rm35-45 sehari
 
Kalu local tak silap kita kena la carik sendiri dr kawan2 ka sedara2 kenal gadis2 kampung ka.Ikot pemahaman aku TT offer bibik dari Indon.Kalau harga tu lagi murah dari amek kat agensi why not?Tapi sebelum tu nak gak tau TT ni dari agensi berdaftar atau one man show?

untuk pengetahuan dengan ikhlasnya, saya telah bermula bisnes ni sejak 2 tahun yang lalu. setakat ini saya masih one man show di malaysia ni. tapi setakat ini, saya ada agent (kawan) di indo untuk memudahkan bantuan membuat permit dan sebagainya. namun semua cara juga saya mengikut prosedure umum. al maklum lah saya orang baru dan masih kurang modal untuk membuka agensi secara rasmi. modal yang diperlukan lebih kurang rm150,000 hingga rm200,000 untuk berdaftar secara rasmi. walau apa pun dalam jangka panjang memang saya bercadang utk membukanya sendiri

untuk pengetahuan juga, cara saya lakukan sendiri juga tidak salah. semuanya melalui imigresen juga. segala documen yang diperlukan juga disediakan. malah kerap kali juga saya sendiri dtg ambil bibik dr indo. bairlah saya sedidkit susah, asalkan niat saya nak memajukan bisnes saya berjalan dengan baik. Saudara saudari diluar sana lah yang sebenarnya membantu menaikkan saya. kejayaan saya adalah kerana ada nya anda dan sokongan anda amatlah dihargai
 
Last edited:
Ok baguslah camtu TT.Saja nakkan kepastian jer.Bukan apa sekarang ni kat luar berlambak2 agen2 haram ni.Murah memang la murah amek kat diorang tapi kalau bibik lari ke apa ker majikan plak kena tanggung sebab takdak guarentee mcm agensi yang berdaftar.Tapi even agensi berdaftar pun guarentee diorang bagi utk replacement 3 bulan je.Kena plak agensi majal lepas 3 bulan diorang yang plan amah lari , majikan dah takleh wat apa dah sebab dah lebih 3 bulan.Naya kat majikan la.Aku bercakap dari pengalaman la.Jenuh nak dengar cerita yang sama dari majikan2 nie..Apa2 pun aku wish TT berjaya gak one day bukak agensi sendiri n yang penting servis pastu terbaik..Good luck TT :)
 
bro, citer bibik ni dah panjang. tapi mana infonya yang dijanjikan. nak juga saya tahu berapa belanja yang perlu. kalau agent biasa saya ingat dalam 6-7K sekarang. Tuan nyer berapa kos. Saya harap service tuan boleh offer harga yang lebih rendah

nowthis, kalau agent saya ingat average range adalah rm8k. dan saya pula dalam range 6k semua
 
Back
Top
Log in Register