BTC USD 82,099.2 Gold USD 4,154.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~kepentingan tasawuf & thariqat~

saya bukan wahabi. Tapi ada juga baca hal-hal berkaitan tarekat dan tasawuf ni. Ada satu pendapat berkata hendaklah dijauhkan daripada bertarekat dan bertasauf. Malah lebih baik digelar sebagai wahabi daripada jadi sesat.

Itu pendapat yang saya bacalah. Jadinya mana satu yang betul? :-?

MasyaAllah... berat tuduhan tu... sy nasihatkan saudara buangkan sifat ego dlm hati tu dan tonton rakaman di atas hingga tamat... atau tanya kpd yg arif... jgn pulak tanye pd ulama wahabi... :)
 
Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu".

Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.

Tarekat kesufian pula ialah sebuah kumpulan atau pertubuhan yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.

Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya', sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.

Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Yang bermaksud : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Yusuf: 53]

Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka.

Tarekat kesufian hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara.

Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat kesufian itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.

Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.

Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :

1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.

Firman Allah SWT:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ، فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ، قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ، وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". [Asy-Syams : 7-10]

2-Memperbanyakkan zikrullah.

Firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا


Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya". [Al-Ahzab: 41]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT".

3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.

Firman Allah SWT:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ


Yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?". (Al-Anaam : 32)

Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.

Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza. Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah ! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah !. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya ! Jawab Rasulullah SAW : Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT.

Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.

Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan".

Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.

Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan. Mereka yang melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat kesufian. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan. Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama' yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf.

Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : "Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?".

Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.

Fuqaha' telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama' yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.

Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).

Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama' menyatakan sebagai suatu contoh : "Mad Lazim enam harakat" ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama' dalam bidang tersebut.

Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama'-ulama' tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ


Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat". [Al-Hajj: 38]

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu dapat memberikan pendedahan kepada erti tasauf, tarekat, syeikh, sebab berbilang-bilangnya tarekat, kenapa kita mempelajari suluk, penyucian hati dari ilmu yang dikenali sebagai tasauf ini, kenapa kita ambil dari syeikh dan tidak terus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Wallahu a'lam...
 
MasyaAllah... berat tuduhan tu... sy nasihatkan saudara buangkan sifat ego dlm hati tu dan tonton rakaman di atas hingga tamat... atau tanya kpd yg arif... jgn pulak tanye pd ulama wahabi... :)

err.. apa yang saya dah tuduh? :-?
Saya cuma mahukan penjelasan je dan takde pulak saya tuduh apa2?
Tang mana dalam post saya tu yang saya menuduh?

Sabar sedara saya ni iklas bertanya. Memang saya ni jahil bab agama tapi janganlah tuduh saya yang bukan-bukan pulak. :)
 
MasyaAllah... berat tuduhan tu... sy nasihatkan saudara buangkan sifat ego dlm hati tu dan tonton rakaman di atas hingga tamat... atau tanya kpd yg arif... jgn pulak tanye pd ulama wahabi... :)

Ade ke sy kate saudara yg menuduh... fahamkan dahulu ayat tu... tak mungkin saudara mengeluarkan persoalan begitu setelah melihat rakaman di atas... (sbb jawapan semua ada dlm rakaman tu...) :)
 
Ade ke sy kate saudara yg menuduh... fahamkan dahulu ayat tu... tak mungkin saudara mengeluarkan persoalan begitu setelah melihat rakaman di atas... (sbb jawapan semua ada dlm rakaman tu...) :)

Sekali lagi apa tuduhannya? Kalau nak katakan tulisan ustaz yang saya baca tu satu tuduhan, saya rasa itu semua mungkin salah faham kerana kelemahan saya mentafsir maksud tulisan ustaz tersebut. Tapi sudahkah saudara membaca tulisan ustaz tersebut bila sedara mengatakan ustaz tersebut telah membuat satu tuduhan?

Oklah.. saya tak nak debat lagi pasal ni. Saya dah tengok video tersebut tetapi saya masih lagi keliru. Tak mengapalah saya boleh tanya ustaz2 yang lain :)
 
saya bukan wahabi. Tapi ada juga baca hal-hal berkaitan tarekat dan tasawuf ni. Ada satu pendapat berkata hendaklah dijauhkan daripada bertarekat dan bertasauf. Malah lebih baik digelar sebagai wahabi daripada jadi sesat.

Itu pendapat yang saya bacalah. Jadinya mana satu yang betul? :-?

Abis tu ini namenye ape??? bukankah ini satu tuduhan??? sy bukan mengatakan bahawa saudara yg menuduh... kalau saudara dr golongan yg tidak memihak pd mana2 pihak, pasti faham dan tidak keliru bila menonton rakaman itu... :)
 
saya bukan wahabi. Tapi ada juga baca hal-hal berkaitan tarekat dan tasawuf ni. Ada satu pendapat berkata hendaklah dijauhkan daripada bertarekat dan bertasauf. Malah lebih baik digelar sebagai wahabi daripada jadi sesat.

Itu pendapat yang saya bacalah. Jadinya mana satu yang betul? :-?

saudara saya tak menafikan wujud berbagai fahaman dalam agama islam ni dari perbezaan mazhab tauhid feqah sampailah ketasauf dengan syiah ahli sunnah wahabi dan berbagai lagi

cuma cuba kita berfikir sebagai seorang awam dahulu

tuk kenali seorang ulama terkenal lautan ilmu nya sehingga di kurniakan banyak karamah beliau sebagai tanda kemuliaan beliau disisi tuhan adalah pengamal ilmu thariqat tasauf

jika benarlah thariqat itu sesat bagaimana beliau yang lautan ilmunya boleh sesat dalam thariqat sudah tentu beliau akan menentang ilmu thariqat tapi mengapa pula beliau sendiri bukan sahaja mengamalkan malah istiqamah dalam jalan tersebut

dan jika benarlah thariqat itu sesat bagaimana beliau yang istiqamah dalam thariqat dikurniakan banyak karamhnya oleh allah sebagai tanda kemuliaannya sehingga kemuliaannya sebagai ulama masih dihormati oleh bukan sahaja rakyat kelantan malah oleh seluruh negara dan diakui sebagai ulama yang bertaraf aulia tuhan

bukan sahaja tuk kenali malah kebanyakan tokoh ulama nusantara ini mempunyai latar belakang thariqat tasauf

tak terkecuali ulama mutakhir seperti tn guru dato nik abdul aziz nik mat dan juga mufti negeri sembilan seperti mana yang saya sebutkan sebelum ini jika benarlah thariqat ini sesat sudah semestinya mereka dahulu yang akan menentang kesesatan tersebut bukan nya menurut kesesatan tersebut

seperti mana yang saya nyatakan diatas memang sy tak nafikan wujud percanggahan pendapat dalam ajaran islam malah pihak wahabi sangat menentang ajaran thariqat yang dikatakan bidaah

dalam forum ini saya tak bercadang untuk menjadi kan perbincangan ini terlalu berat lagipun saya ini kurang ilmu dan amal namun jika saudara ingin kan perbincangan yang benar benar berilmiah saudara boleh merujuk kepada ahli dalam bidang ini

antaranya prof dr ustaz jahid yang menetap di sg buloh dan ramai lagi ahli dalam bidang ini

berkenaan dengan wahabi tu sesat atau tak no komen dalam forum ni dah banyak di bincangkan berkenaan wahabi sy tak nak ulas apa apa

manakala tentang pendapat berkata hendaklah dijauhkan daripada bertarekat dan bertasauf. Malah lebih baik digelar sebagai wahabi daripada jadi sesat boleh saudara terangkan pendapat siapakah ini?dan apa pula buktinya dalam menyatakan pendapat yang sedemikian rupa?
 
karamah bukanlah bukti tentang sesuatu kebenaran, ramai orang Melayu tertipu dengan guru tarekat palsu sebab memandang pandang benda2 ajaib dan pelik ni

kebenaran adalah pada al-Quran dan Sunnah Rasulullah, takde orang yang lebih menjaga dan mementingkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah selain dari orang sufi

Oleh itu kena halusi dari kaca mata al Quran dan Sunnah sebelum dapat mengenal dengan guru mursyid

p/s: aku dok kata dah sini sembang kosong boleh la, takat nak dapat hint mana nak pi jumpa, sapa nak jumpa, pastu buat kerja, balik2 mai tang ni dok post tak habis2, pegi mengaji tak mau
 
Tak guna berdebat dengan orang yang tak duduk dalam rumah tasauf..tak akan paham sampai kiamat. Takat kondem ramai boleh kondem. Biarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan terikut ikut dengan aliran wahabi yang mencaci maki sesama Islam. Kita mempunyai syahadah yang sama dan mempunyai nabi yang sama. Menjalankan rukun Islam dan rukun Iman yang sama. Mengapa mesti menjatuhkan sesama kita.
 
Tak guna berdebat dengan orang yang tak duduk dalam rumah tasauf..tak akan paham sampai kiamat. Takat kondem ramai boleh kondem. Biarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan terikut ikut dengan aliran wahabi yang mencaci maki sesama Islam. Kita mempunyai syahadah yang sama dan mempunyai nabi yang sama. Menjalankan rukun Islam dan rukun Iman yang sama. Mengapa mesti menjatuhkan sesama kita.

Betul...Habis cerita. Sapa yang cenderung kata tarekat, tasauf ni sesat, terpulangla. Sasiapa yang rasa tidak, terpulang pada masing-masing.

Yang penting, mereka yang bertarekat, beramal betul-betul, supaya selamat dunia akhirat, insyaallaah boleh dijadikan contoh oleh golongan yang tidak bertarekat. Dapat sifat mahmudah, menjauhi sifat mazmumah. Habis cerita. Ini bukan kempen politik nak hentam menghentam, kafir mengkafir, caci mencaci, maki memaki nak ada orang sokong menyokong. Tak perlu, amal sendiri cukup.

Pada saya, nak bertarekat ini, terpulang kepada individu memasing. Kalau betul tarekat ini sesat, jadik ramai la Ulama Nusantara dulu-dulu pun tak betul. Kebanyakannya ulama sufi. Terror-terror, mengarang kitab bahasa arab.

Yang masalahnya, tak cerdik bila timbul golongan baru mempertikaikan ulama2 dulu. Saya petik temubual antara Bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Haji Ahmad dengan majalan Milenia Februari 2009. Beliau mengatakan tak elok kalau kita kata ulama dulu *****, membenarkan kenduri tahlil arwah yang dikatakkan bidaah oleh sesetengah pihak yang mengatakan itu amalan bidaah. Tujuannya, bila seseorang itu baru kematian ahli keluarga, biasanya dalam 3 hari baru dia boleh menerima takdir tu. Jadi ulama dulu pun, suruh la orang stay rumah simati temankan ahli keluarga yang masih hidup. Cuma, daripada duduk duduk tak buat apa, baca zikir lailahaillah. Takkan ini bidaah yang buruk?
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/

Sekadar my 2 cents. Yang lebih2, biar saudara lelain ulas.
 
Back
Top
Log in Register