BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~kepentingan tasawuf & thariqat~

epy8338

Fun Poster
Messages
464
Joined
Jan 3, 2006
Messages
464
Reaction score
1
Points
15
Assalamualaikum wbt... Marilah sama2 kita luangkan sedikit masa untuk menonton rakaman dr Ustaz Tengku Mohd Fouzy bertajuk "FAHAMAN DAN PENENTANGAN TERHADAP TASAWUF & THARIQOH"... Semoga kita sama2 dpt mengambil sedikit informasi yg lebih tepat di dalam suasana yg penuh dgn fitnah ini...
Wallahu a'lam...

credit utk pemilik rakaman... Tq..

1. http://www.youtube.com/watch?v=7wsjoHlBBQo
2. http://www.youtube.com/watch?v=g0Awe9POqO4
3. http://www.youtube.com/watch?v=_YoUkXBBv4w
4. http://www.youtube.com/watch?v=Mm1mbPdGmiQ
5. http://www.youtube.com/watch?v=fQmHiOun1lI
6. http://www.youtube.com/watch?v=e5Ej5srYRvA
7. http://www.youtube.com/watch?v=OF8-H28lRHE
8. http://www.youtube.com/watch?v=V7hpXUzAmQ4
9. http://www.youtube.com/watch?v=VPag-7sjcQ4
10. http://www.youtube.com/watch?v=ljOFbBNP9_g
11. http://www.youtube.com/watch?v=yfgRqv9BL2A
12. http://www.youtube.com/watch?v=jFl3Xvf6ZCk
13. http://www.youtube.com/watch?v=29A90LIJ_iM
14. http://www.youtube.com/watch?v=VMA_91pWyk8
15. http://www.youtube.com/watch?v=Grcw3Dj1x7g
16. http://www.youtube.com/watch?v=bXLK56fDC-w
17. http://www.youtube.com/watch?v=Fkn2q-PkyRE
18. http://www.youtube.com/watch?v=fJGCytTPHtw
19. http://www.youtube.com/watch?v=ohV6PWlKndo
20. http://www.youtube.com/watch?v=vb22xOi70l8
21. http://www.youtube.com/watch?v=k8-9Irag-HA
22. http://www.youtube.com/watch?v=k8-9Irag-HA
23. http://www.youtube.com/watch?v=iwek8uoBleA
24. http://www.youtube.com/watch?v=DIGQzSI4LGE
25. http://www.youtube.com/watch?v=iJ5jrP4gISw
26. http://www.youtube.com/watch?v=FRMj79hCfYo
27. http://www.youtube.com/watch?v=KsotNNdeJ0c
28. http://www.youtube.com/watch?v=9558xI7jlyE
29. http://www.youtube.com/watch?v=g5x6baPqK6Y
30. http://www.youtube.com/watch?v=pefhmw8qy6k
31. http://www.youtube.com/watch?v=eriStG8qQKU
32. http://www.youtube.com/watch?v=vPmck-VLLms
33. http://www.youtube.com/watch?v=7sf57Vnf8ME
34. http://www.youtube.com/watch?v=XKOdT5xxRHY
 
Last edited:
apsal JAKIM kata tarekat ni sesat? :-?

sebenarnya tharikat ni yang saya tau memang tak dinafikan ada yang sesat

menurut kawan saya yang bekerja di jakim selalunya istilah sesat ini di berikan kepada sesuatu kumpulan thariqat kerana kumpulan tersebut bertentangan dengan faham aqidah ahli sunnah wal jamaah

untuk pengetahuan bukan sesuka hati jer jakim atau pihak jabatan agama islam ni nak jatuhkan sesuatu thariqat itu sesat atau bersesuaian dengan syariat selalunya pihak jabatan agama islam akan memanggil guru thariqat atau sesuatu ajaran tersebut untuk berdialog untuk menceritakan ajaran mereka dan pihak jabatan agama islam juga akan mengadakan suatu dialog bagi mempertahan kan diri mereka

sebelum itu selepas menerima aduan dari orang ramai pihak jabatan agama islam juga akan menghantar penyiasat mereka untuk menyiasat kedudukan thariqat tersebut adakalanya pihak penyiasat akan masuk kedalam jamaah thariqat tersebut menyamar dan mengambil bahagian bagi mengetahui maklumat lengkap berkenaan thariqat atau sesuatu ajaran

begitulah telitinya pihak jabatan agama islam dan jakim dalam mengambil tindakan adalah tidak adil jika kita terutama ahli thariqat terlalu prejudis terhadap mereka

namun tidak dinafikan golongan wahabi telah melabelkan kesemua thariqat ini sesat dengan alasan untuk menyucikan islam dari fahaman khurafat tapi itu terpulanglah sesungguhnya tuhan itu maha adil dan bijaksana kita semua akan menghadap rabbul jalil
dan kita semua akan diadili

seperti mana yang saya nyatakan diatas memang tidak dinafikan wujud thariqat atau ajaran yang sesat namun demikian yang hendak dikemukan oleh tt disini adalah thariqat yang benar bukan yang sesat

persoalannya mengapakah thariqat ini seringkali di sinonimkan dengan ajaran sesat hal ini berlaku akibat sikap penguatkuasa dan juga sikap pihak media massa

bila kena yang sesat pihak jabatan agama islam akan keluarkan kenyataan dan pihak akhbar pula akan menyiarkan secara meluas seluas luasnya

namun promosi bagi thariqat yang benar pula seperti tiada dan hanya bergerak secara senyap tanpa promosi yang meluas itulah sebab mengapa orang awam apabila mendengar perkataan thariqat terus di sinonimkan dengan ajaran sesat

sebenarnya thariqat ini adalah sebahagian ajaran islam konsep thariqat mudah thariqat bukanlah satu satu nya jalan untuk mencapai rahmat tuhan tapi thariqat adalah salah satu jalan yang telah teruji dan telah ramai menghasilkan ramai aulia allah dalam mencapai rahmat tuhan

dimana para aulia allah yang telah nyata kemuliaan mereka disisi tuhan akan mengajarkan kaedah mereka dalam mencapai sifat mahmudah dan melayurkan sifat mahmudah seperti mana banyak yang telah disebutkan dalam kitab tasauf terutamanya kitab ihya ulumudddin yang telah di karang oleh hujjatul islam al imam al ghazali

ajaran tasawuf itu pula adalah penghasilan dari thariqat dimana selepas seseorang itu menjalani thariqat ahli sufi dengan ikhlas maka insyaallah mereka akan di kurniakan sifat mahmudah dalam diri mereka sebagai salah satu rahmat allah kepada mereka

rasanya dalam video tersebut telah diterangkan dengan jelas dan tak payahlah saya yang kurang ilmu dan amal ini menerangkan lagi

tegasnya memang tidak dinafikan wujud thariqat yang sesat dan wujud yang benar dan pihak jabatan agama islam dan jakim telah menyatakan dengan jelas akan thariqat yang sesat

di harap persoalan saudara telah terjawab dengan kenyataan saya ini jika kurang jelas saudara boleh berhubung sendiri dengan pihak jakim atau jabatan agama islam yang berdekatan untuk keterangan lanjut
 
di Negeri Sembilan ada enakmen yang menggalakkan Tarekat ini semua berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

Yang berdaftar ini insyaallah sudah disiasat, dikaji , harapnya tiada masalah la.
 
tarikat ialan jalan utk menuju kepada hakikat dan makrifat
 
di Negeri Sembilan ada enakmen yang menggalakkan Tarekat ini semua berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

Yang berdaftar ini insyaallah sudah disiasat, dikaji , harapnya tiada masalah la.

yang saya tau kat negeri sembilan bekas mufti negeri sembilan Datuk Haji Murtadza bin Haji Ahmad adalah mursyid besar thariqat ahmadiah dari jurai keturunan tuan syekh ahmad al linggi yang dikatakan telah berjaya mengislamkan raja mongkut thailand tapi malangnya akibat sikap thailand yang terlalu anti terhadap agama islam kesemua itu telah dinafikan dengan kerasnya oleh pihak thailand

tapi menurut ahli sejarah ketika akhir usia raja mongkut beliau tidak memakan khinzir atau makanan yang berasal dari khinzir dan beliau juga didapati telah memberikan peluang kepada isterinya yang tidak memiliki anak dari beliau untuk terus bersama atau bercerai dengan beliau

mana mungkin seorang yang bukan islam mau meninggalkan makanan tersebut dan bertindak seperti itu adalah antara fakta bahwa raja mongkut adalah seorang islam ketika akhir hayat beliau

selain itu juga thariqat agak tersusun dinegeri sembilan kerana tertubuhnya jawatankuasa khas berkenaan thariqat ni antara yang menganggotai jawatankuasa ni adalah prof dr ustaz jahid pengamal thariqat naqsyabandiah

tujuan jawatankuasa ini adalah untuk memantau pergerakan thariqat supaya selaras dengan ajaran islam jika kenyataan saya ini salah tolong betulkan

tapi apa yang mengecewakan apabila kita sebagai umat islam memandang thariqat ini sebagai amalan orang pandai pandai dan orang tua tua itulah juga sebab yang mengakibatkan thariqat ini di pandang sepi oleh orang awam

persoalannya mengapa kita tidak melihat thariqat itu sebagai satu jalan penyelesaian masalah terutamanya masalah sosial sebagaimana yang pernah di buat oleh syekh ul islam kedah pak wan sulaiman suatu ketika dulu dengan menjadikan ilmu thariqat itu sebagai penyelesaian masalah kepada akhlak manusia

sehinggakan pak wan sulaiman pernah berkata tanpa zikrullah manusia itu tidaklah boleh capai martabat al insan lebih kurang begitulah katanya

maaf mungkin kenyataan saya ini bukan sahaja tidak diterima oleh orang awam malah ahli thariqat juga tapi itu hanyalah pendapat dan cetusan hati saya selepas melihat betapa teruknya masalah sosial di zaman ini dan tidak ada jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah sosial ini hanya kita sendiri kembali kepada agama islam bagaimana caranya terpulang nak ikut tabligh ker nak ikut thariqat ker nak ikut ngaji pondok ker janji kembalilah kepada islam

sekadar pendapat dari seorang yang jahil lagi lalai .........
 
Jadinya, tarekat ni ada yang betul dan ada yang sesat. Mengapa pula fahaman wahabi mengatakan tarekat ini khurafat?

Adakah fahaman wahabi juga sesat?:-?

Sekadar bertanya..
 
Jadinya, tarekat ni ada yang betul dan ada yang sesat. Mengapa pula fahaman wahabi mengatakan tarekat ini khurafat?

Adakah fahaman wahabi juga sesat?:-?

Sekadar bertanya..

Ente wahabi ke??? :-?
 
Ente wahabi ke??? :-?

saya bukan wahabi. Tapi ada juga baca hal-hal berkaitan tarekat dan tasawuf ni. Ada satu pendapat berkata hendaklah dijauhkan daripada bertarekat dan bertasauf. Malah lebih baik digelar sebagai wahabi daripada jadi sesat.

Itu pendapat yang saya bacalah. Jadinya mana satu yang betul? :-?
 
Back
Top
Log in Register