BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepanjian askar Hoplit bangsa Yunani

Aku minat kalo tengok cter perang yg mcm nie, strategi dei org mmg best...

Kalau tengok cerita Alexander, yang babak Pertempuran Gaugamela turr memang rembes. Dengan susunan tertib falank saujana mata memandang diiringi dentuman tombak sarissa menghentak taming hoplon.

Paling aku suka bila ditonjolkan umpanan sayap kanan Alexander terhadap Bessus untuk membentuk lowongan pada barisan infantri Darius. Bijaksana. Tapi tu je yang best pun, meluat pulak tengok aksi gay Alexander di kamar tidur
:-&
 
Babak pertempuran askar Hoplit bhg. 1

b01y.jpg

“Sesungguhnya tiada agathos [keberanian] seorang lelaki itu dalam perang melainkan dia menderitai melihat pembunuhan berdarah, dan berdiri rapat mencapai lawannya.”​

Menyusun Askar-askar

b02rq.jpg

Orang-orang Yunani umumnya berpegang teguh kepada beberapa atur laku apabila menjelang pertarungan di mana kedua-dua pihak selalunya dibenarkan tiba di medan lalu bergerak membentuk tertib masing-masing sebelum pertempuran dimulakan.

Pertempuran hoplit biasanya dilakukan di dataran besar, luas terbuka dan seboleh mungkin dengan sedikit sahaja halangan supaya seluruh tertib falank dapat diatur. Memandangkan falank memerlukan kedalaman lapan orang maka kerap kalilah ia memerlukan lebih dari sebatu untuk tersebar dengan elok.

Apatah lagi pada peringkat awal, tidak begitu banyak diperuntukkan pasukan-pasukan khas seperti askar berkuda, pemanah atau pengali; hampir-hampir mutlak, pertempuran ditentukan oleh infantri hoplit.


Peranan & Kedudukan Panglima

b03u.jpg

Terdapat panglima-panglima dalam peperangan awal Yunani tetapi memandangkan pertempuran secara bandingannya adalah mudah dan berterus-terang maka kehadiran mereka tidak memberi kesan mendalam terhadap perjalanan muslihat satu-satu pertempuran.

Sebaliknya, panglima biasanya berada di kalangan askar-askar di rusuk kanan baris medan, kedudukan yang dianggap mulia di kalangan askar Yunani. Adalah diharapkan dia akan turut sama menerima mudarat daripada pertempuran malah tiada panglima terhormat, terilham daripada kisah wira-wira Homer, mahu berada di baris belakang kerana mahukan keselamatan.

Tidak mengejutkan juga, adalah satu perkara biasa panglima-panglima ini terbunuh walaupun menang, nilai kehadiran mereka di barisan tempur untuk mengilhamkan askar-askar mereka adalah berbaloi dengan kebahayaan yang diterima.


b04sj.jpg

Panglima secara tradisinya akan menyampaikan ucapan sebelum bertempur untuk menaikkan gelora semangat askar-askarnya. Panglima jualah yang akan menentukan bilakah masanya untuk mara dan bila untuk menyerbu, walaupun dalam banyak keadaan apabila di tengah-tengah medan yang membahang askar-askar ini akan bertindak tanpa diperintah oleh panglima mereka.

Saat Gendang Dipalu

b05is.jpg

Apabila askar-askar telah diatur baik dan apabila panglima sudah mengeluarkan ucapan berapi-api untuk mengilhamkan askar-askarnya dan apabila upacara keagamaan selesai dengan baik, maka panglima akan mengarahkan askar-askarnya untuk maju ke hadapan.

b06w.jpg

Trompet akan dibunyikan dan askar-askar tersebut, kadangkala dibelenggu oleh arak, akan mula maju ke arah musuh sedang askar lawan juga turut sama maju ke arah mereka. Pemain seruling bergerak dengan askar-askar untuk mengekalkan keseragaman langkah kawat dan untuk mengelakkan mereka daripada bergerak dengan kelajuan berbeza lalu memecahkan tertib tempur.

Askar-askar turut menyanyikan paian, iaitu lagu keagamaan untuk merayu bantuan ketuhanan dan menaikkan semangat mereka. Secara umumnya, hoplit bergerak dengan langkah tetap bagi menjimatkan tenaga, walaupun ada ketikanya mereka akan memecut ke arah musuh.

Tombak mereka akan dipegang di bawah lengan untuk merodok dan akan menjadi senjata pertama yang akan digunakan ke atas lawan mereka. Kedua-dua pihak akan mula memekik pada peringkat ini, dalam cubaan untuk mengugut atau menakut-nakutkan lawan.


b07u.jpg

Jelasnya, apabila mereka semakin menghampiri musuh, askar-askar akan menambahkan kelajuan supaya senjata-senjata mereka bertembung kuat dengan musuh.

Kepayahan berkawat merentasi kawasan di antara dua sempadan ini boleh ditentukan kejayaannya: adakah mereka penat, adakah pelbagai halangan merencatkan kemajuannya dan yang paling penting, adakah mereka mampu kekal dalam tertib tempur?


Pertembungan Yang Memekakkan

b08ql.jpg

“..menelentang jatuh di barisan hadapan, menghembus keluar rohnya yang berani ke dalam debu-debu sambil memegang kemaluannya yang berdarah dengan tangannya. Ia adalah...pemandangan..cabul dilihat, dagingnya yang bertelanjang.”​

Apabila kedua-dua tentera bertembung, udara sekeliling akan dipenuhi dengan bunyi-bunyi baru dan memekakkan:

Tubuh badan, besi, kayu dan gangsa berdentum hempas bersama-sama; diikuti dengan bunyi tulang-temulang yang patah dan daging bercerai-berai, teriakan manusia menggunakan segala kekuatan menolak batas kesanggupan, erangan dan deruan mereka, pekikan kesengsaraan dan laungan mengemis pertolongan, serta jeritan manusia yang mati mengejut, atau yang lebih mengerikan, penyeksaan menunggu saat kematian yang tidak muncul-muncul.

Begitu juga dengan bau: keringat lelaki meleleh-leleh di bawah matahari Yunani yang panas, bau hanyir pada luka-luka baru dan darah, malah hancing yang datangnya dari kemihan lelaki yang dibaluti ketakutan.


b09k.jpg

Pemandangan pula meremangkan mata: manusia melihat keadaan rakan baiknya atau saudara-maranya mati dengan apa sahaja cara yang dapat difikirkan, daging terbelah hasil rodokan tombak dan darah bersimbah merata-rata menjadikan tanah dan senjata semakin licin.

Jika senjata terlepas atau rosak, askar-askar ini akan beradu tangan sebagai jalan akhir dengan menyambar rambut dan janggut musuh dengan tangan dan kadangkala dengan gigi masing-masing jika perlu.

Bersambung.
 
good info.. sejarah ni..
 
Back
Top
Log in Register