TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
PRINSIP TERATAI :: CUBAAN MENYINGKAP BANGSA GUNUNG
Artikel Oleh #RVK
12.23 am (awal pagi) ~
Cubaan menyingkap sebuah rahasia ketamadunan Alam bagi Sebuah Bangsa yang paling unik ,pernah dikenali sebagai Bangsa Teratai. Keleluhuran dan kesusilaan adat budaya yang tidak mengenal warna kulit diantara mereka. Menjunjung tinggi kedaulatan tanah keramat ini~
"Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama kau ku rindukan
Wahai teratai bunga indah
Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah"
Anda kenal lirik lagu ini?
Teratai.... Ada apa dengan bunga teratai? Mengapakah setiap kali kita mengingati simbolik teratai terus tersentuh dengan bab Boddhisatva dan Hinduisme semata mata? Apakah simbolik teratai ini hanya milik dua jenis pegangan ini sahaja?
Pada bab kali ini saya ingin menulusuri semula bab Alam Melayu purba.saya pun tidak tahu mengapa namun tergerak hati saya cuba menghasilkan satu penulisan mengenai bab paling jarang saya sentuhkan selama ini iaitu bab Alam Melayu.namun malam ini saya untuk mencubanya.
Teratai ini telah didekasikan ke dalam pelbagai bentuk termasuklah lagu. Nyanyian lagu oleh Dato Ramli Sarip, Fauziah Latiff, dalam bentuk puitis syair dan sajak alam Tamadun Melayu klasik dan purba.
.
.
=========================================================≠===========
.
Menyulusuri hakikat dua atau tiga ribu tahun, mahupun lebih awal daripada itu ,disaat sebelum adanya prinsip Budi Luhur, Hinduisme, Buddha, Kejawen atau lain lain pegangan purba yang berdekatan dengannya lahir lagi. sememangnya ia di tanah Nusantara, tanah debunga bungaan disaat suasana kemakmuran dikecapi dan tanah berdarah keramat disaat mempertahankannya disaat ia diancam. Penulisan ini berdasarkan dari pengaamatan saya sendiri telah melihat beberapa sumber mengenai teratai ini daripada nukilan Arwah Ustaz Nakula Abdullah dan Creater blog Alter Terahasia Alam Melayu (tak perlu disebutkan lagi kerana anda pasti tahu siapa gerangannya).
Pertama sekali saya menerangkan konsep telapak teratai ini dari sudut kerohanian diri yang terdapat didalam diri manusia. Perincian dibawah ini saya menceduk sedikit daripada hasil penulisan Ustaz Nakula. Bagi memahami konsep teratai ini ,dari sudut penerangan Ustaz Nakula telah menyatakan kod teratai ini mempunyai 7 peringkat daripada pucuk (Dzat) menuju ke kelopak teratai (Nur Muhammadiyah) ::
1) Tingkat Zat Allah
2) Tingkat Nur Muhammad
3) Tingkat Hakikat
4) Tingkat Alam Ghaib lagi Ghaib
5) Tingkat Alam Ghaib
6) Tingkat Alam nyata
7) Tingkat manusia sempurna
(permulaan daripada nombor 7 iaitu pucuk permulaan meningkat ke nombor 1 menuju ke fasa pembuka kelopak teratai)
Bukan sekadar disitu sahaja malah bentuk kelopak teratai ini jika dilihat dalam posisi telungkup dan teratai pada posisi kembang kudup kelopaknya adalah simboliik kepada ilmu Lam Alif dan Lam Jalalah (dikatakan salah satu petua amalan orang lama dahulu untuk kebatinan diri). Malah senibina bentuk rekaan bumbung rumah orang orang terdahulu pun turut berbentuk Lam Alif jika dilihat secara kasar (paling jelas adalah seni bina bumbung rumah budaya Minangkabau) .
Tempias konsep simbolik teratai ini bertapak di nusantara adalah hasil pengaruh tamadun Parsi Purba (Proto-Aryan). Definisi konsep Teratai dan Pohon kehidupan didalam kepercayaan Zarathustra adalah berasal dari teras yang sama juga iaitu daripada Ajaran Tauhid dahulu (sebelum wujudnya pengaruh Hinduisme dan Zarathustra) .maka apakah konsep Ajaran Tauhid yang tiba dahulu ke Tanah Nusantara? Saya berpendapat sememangnya Ya. Jika diikutkan konsep kundalini ,pertapaan Moksha, 8 peringkat budi Luhur juga adalah diambil daripada Kelopak Teratai ini sebenarnya. Didalam konsep teratai juga memiliki dua jenis unsur sifat iaitu Jamal (keindahan) dan Jalal(kehebatan) ,seperti dikatakan Ustaz Nakula dua sifat ini merujuk kepada simbolik Vishnu (keindahan) dan Shiva (kehebatan).pada permulaan konsep Teratai, ia berada pada tahap "Ahadiyah" iaitu Zat Allah sebelum menjadi kudup kelopak iaitu hakikat muhamadiah yang melahirkan alam hakikat. Diakhir peringkat kemuncak apabila kudup telah membukakan kelopaknya yang menjadi "Hakikat Kepada Segala Sesuatu"
Didalam kuncup bagi kudup teratai, Tiap tiap kelopak teratai itu adalah alam hakikat, alam disebalik sesuatu, alam ghaib ,stamen mewakili nur muhammadiah, stagmen definisi kepada Zat dan lain-lain.jadi adakah pembaca telah faham tentang Kod Teratai yang diceritakan ini? Sebenarnya Kod Teratai inilah membentuk keperibadian luhur bangsa kita semenjak ribuan tahun lagi.namun bukan sekadar Teratai sahaja yang mempengaruhi Alam Melayu malah bunga melati, Bunga Melor, Bunga Kemboja turut memainkan peranan menghiasi alam melayu. Amalan menaburkan kelopak bunga bungaan dan Amalan mandi bunga bertujuan menaikkan seri aura tubuh.malah tidak menghairakanlah jika ada terdapat unsur nama bunga bungaan seperti nama Permaisuri berlagenda dari Kelantan Cik Siti Wan Kembang dan ibu negerinya bernama Sekebun Bunga. berbalik semula ke bab Teratai, simbolik teratai tidak hanya tertumpu kepada bab spiritual kerohanian diri semata mata malah dijadikan lambang mohor rasmi kerajaan kerajaan Islam Nusantara dan motif ukiran batu batu nisan lama terutamanya daripada Acheh.
Jika kita lihat pada sudut konsep teratai tadi saya ada menerangkan pada tiap tiap kelopak di kudup kemuncup teratai ini mewakili tiap tiap alam iaitu alam nyata, alam hakikat, alam ghaib, alam disebalik hakikat? Dari sudut simbolik teratai juga mewakili tiap tiap penunjuk arah mata angin pada kudup kelopaknya seperti arah utara, Selatan, timur, barat, tenggara, barat daya, timur laut dan lain lain. Simbolik pengertian teratai ini amatlah meluas jika sama sama kita menghayatinya. Saya menyentuh sedikit kisah mengenai Boddhisatva ,disaat pertapaannya dibawah pohon bodhi ,Gautama telah menghayati seketika sebuah kelopak bunga teratai yang sedang hanyut pada permukaan air tasik dihadapannya, dikatakan pada selepas penghayatannya itulah Gautama telah mencapai tahap pertapaan tertinggi iaitu melepasi tahap Moksya didalam kepercayaan agama tersebut. Dirinya ghaib dikatakan "bersatu dengan Alam".maka apakah definisi kepada situasi itu sebenarnya?
==================================================================
Didalam bahasa sanskrit, Saya terlihat satu perkataan yang sangat unik, sangat terunggul ,bermisteri silamnya dan begitu familiar didengari ialah perkataan "Mala".setakat disitulah saya membuka bab Teratai ini dan melalui penulisan ini saya melihat begitu berhubung kait simbolik Teratai ini dengan Perkataan "Mala" .jika anda turut pernah terdengarnya mak simpanlah didalam kocek jiwa diri kita. Di akhir zaman ini ,segala "khazanah" yang tertanam didalam perut bumi sedang meluahkan keluar untuk diperlihatkan kepada generasi kita. Khazanah bukanlah sahaja bermaksud kebendaan cuma tetapi entiti jatidiri asal kita~
Ooooh Ya, simbolik teratai adalah merujuk kepada spiritual diri individu yang berketurunan Mala.bangsa tidak semata mata merujuk kepada perbezaan warna kulit tetapi keluhuran dan kesusilaan adat budaya yang tidak mengenal perbezaan tersebut. Malah bangsa Mala ini sememangnya dari sekian lama berdiri diatas tanah keramat yang dinamakan tanah Nusa-antara ini.
Untuk penutup ,disebabkan perincian mengenai teratai inilah , saya selaku admin pages bersama dengan patner saya co-founder pages The Major ini telah memilih logo kami berdasarkan ilham dari bentuk kelopak teratai. Diharap rakan rakan memahami tentang bab teratai yang dituliskan diatas ini.
Radz Vonz Koenigstraud XI