TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
ASAL-USUL BANGSA NEFHILIM
Bangsa Nefhilim merupakan suatu bangsa yang sangat aneh dan misteri. Bangsa ini wujud dari percampuran benih manusia dengan benih Malaikat Yang Jatuh (Fallen Angel).
Dikisahkan 2,000 tahun sebelum penciptaan Nabi Adam, Allah Ta'ala telah menciptakan satu umat yang bermacam ragam yang bernama Al-Biin. Al-Biin diciptakan oleh Allah Ta'ala dari unsur gabungan Kilat (al-Birquw) dan Angin (asap). Pada awalnya mereka taat kepada perintah Allah dan melahirkan ramai keturunan. Setelah mereka memenuhi bumi dan dunia semakin sempit, maka kerosakan di bumi juga bertambah. Oleh sebab kerosakan yang dilakukan oleh mereka, Allah Ta'ala pun mengirim angin taufan kepada mereka hingga mereka semua binasa kecuali sedikit daripada mereka yang hidup.
Keturunan ini terus membiak untuk jangka waktu yang panjang. Malangnya mereka juga melakukan kerosakan sehingga Allah Ta'ala mengirimkan sekelompok umat yang berbadan besar yang berasal dari laut yang bernama Al-Baan. Setelah tinggal di atas muka bumi selama 500 tahun, Al-Biin generasi kedua pun binasa kesemuanya. Setelah itu, al-Baan menguasai bumi dan melahirkan keturunan yang banyak. Ada yang suka tinggal di lapisan ketujuh dan di gua-gua. Lama kelamaan, mereka juga terjerumus di dalam membuat kerosakan di atas muka bumi lalu mereka dibinasakan oleh bangsa Banul Jaan.
Kemudian, Allah Ta'ala pun menciptakan Al-Jaan sebagai makhluk baru untuk menduduki bumi. Al-Jaan merupakan makhluk yang paling taat dengan perintah Allah dan tidak pernah membuat derhaka atau kerosakan di atas bumi sehingga ia meninggal dunia. Di bumi Al-Jaan telah melahirkan beberapa orang anak dan menjadi bapa kepada sekalian Jin, Iblis dan Syaitan. Al-Jaan merupakan sejenis Jin secara umum berpotensi seperti manusia biasa, ada kelamin jantan dan kelamin betina. Dari keturunannya ada yang Islam dan ada yang kafir.
Di antara anak-anak Al-Jan yang terkenal adalah Al-Amir, Al-Ifrit, As-Syaitan, Al-Maraddah, Al-A'waan dan Al-Qurana. Walaupun Al-Jaan memiliki anak yang ramai, tetapi mereka sering menumpahkan darah untuk merebut wilayah yang ada di atas muka bumi. Ada ketikanya mereka berperang dengan bangsa Al-Hin yang telah hidup lama dari mereka. Menurut sesetengah riwayat, Al-Hin merupakan sejenis makhluk seperti manusia tetapi berbulu putih dan bersayap atau lebih dikenali sebagai Adam dahulu kala.
Di antara mereka ada yang berasal dari kaum Nahabir, kaum Tarnush dan kaum Nahamir. Kaum Tarnush merupakan kaum yang suka membuat kerosakan dan engkar dengan perintah Allah Ta'ala. Kemudian Allah Ta'ala membinasakan kaum Tarnush dan yang tinggal hanya kaum Nahamir dan kaum Nahabir. Kaum Nahamir dibawah pimpinan Haliaish (Helios) sebagai ketua suku terus tinggal di atas muka bumi dan beriman dengan perintah Allah Ta'ala.
Berpuluh tahun kemudian, anak cucu Haliaish pun engkar kepada perintah Allah dan membuat kerosakan di atas muka bumi. Oleh kerana kerosakan yang mereka lakukan melampaui batas, akhirnya Allah Ta'ala pun membinasakan mereka kecuali satu suku kaum yang tersisa dari mereka yang bernama kaum Maliqa dan kaum Hamus. Kaum Hamus merupakan kaum Jin yang masih hidup setelah kaum Maliqa dibinasakan oleh Allah Ta'ala atas sikap mereka.
Dari kaum Hamus inilah, menurut sesetengah riwayat 'Azazil dilahirkan. Menurut riwayat, bangsa Banul Jaan telah berpecah menjadi beberapa puak sehingga wujud lapan buah kerajaan di bumi. Lapan kerajaan ini dibahagi menjadi lapan wilayah di atas muka bumi iaitu: 1) Kerajaan bahagian selatan.
2) Kerajaan bahagian utara.
3) Kerajaan bahagian timur.
4) Kerajaan bahagian barat.
5) Kerajaan bahagian bawah (dasar bumi).
6) Kerajaan bahagian atas (langit bumi di mana asal usul Dewata).
7) Kerajaan bahagian atas darat.
8) Kerajaan bahagian atas air.
Kelapan-lapan kerajaan ini sering melakukan peperangan untuk menguasai wilayah dan daerah bagi memperluaskan jajahan. Beribu tahun mereka melakukan peperangan dan penindasan terhadap kerajaan lain. Akhirnya, Allah Ta'ala mengutus bala tentera Malaikat-Nya untuk memerangi mereka. Seramai 200 orang anak puak Banul Jaan yang kehilangan ahli keluarga dibawa oleh para tentera Malaikat ke hadrat Allah Ta'ala. Di antara mereka bernama Azazil, Samyaza, Urakiba, Rami'il, Kokabi'il, Tami'il, Dani'il, Ezaqi'il, Baraqi'il, Asa'il, Armarus, Anan'il, Zaqi'il, Samsi'il, Sata'il, Turi'il, Yumi'il dan Arazi'il.
Di hadrat Allah Ta'ala mereka dididik dengan berbagai-bagai ilmu yang agung. Di dalam bimbingan tersebut, yang paling menyerlah di antara mereka ialah Azazil dan Samyaza. Tetapi yang menjadi pilihan utama ialah Azazil.
Kesemua mereka dilantik menjadi Malaikat penjaga manusia dan diletakkan sebagai Malaikat Penghuni Langit Pertama dengan Malaikat Samyaza sebagai ketua mereka. Dari situ mereka boleh turun pada bila-bila masa saja untuk membimbing manusia ke jalan Allah. Adapun Azazil meneruskan keilmuannya sehingga mencapai tahap ketua para Malaikat.
Mereka memulakan tugas mereka setelah bumi diduduki oleh anak cucu Nabi Adam. Dari situ mereka menjalankan segala apa yang diperintah tetapi lama kelamaan, mereka mula jatuh hati dengan makhluk yang bernama manusia. Dengan kecantikan yang dimiliki oleh anak-anak gadis dari keturunan Qabil dan Nabi Syith, maka mereka tidak dapat mengawal gelora di dada mereka. Maka terjadilah penzinahan pertama di atas muka bumi pada era kerasulan Nabi Syith.
Oleh kerana kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, maka Allah Ta'ala pun menghalau mereka dari menjadi Penghuni Langit Pertama turun ke dunia buat selama-lamanya. Mereka inilah yang dikisahkan oleh sesetengah periwayat kitab sebagai Malaikat Yang Jatuh (Fallen Angel). Maka berkembang biak lah keturunan Malaikat ini dari percampuran benih mereka dengan manusia dan keturunan ini dinamakan sebagai bangsa Nefhilim.
Bangsa Nefhilim merupakan bangsa yang sangat gagah, mempunyai tubuh badan yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan merupakan bangsa yang sangat aneh serta misteri. Yang paling menonjol di dalam bangsa Nefhilim ialah Ohia, anak kepada Malaikat Samyaza. Ohia dikatakan mempunyai struktur tubuh yang sangat besar berbanding dengan kaumnya dan dia juga sering mencabar dan berperang dengan suku-suku Banul Jaan.
Walaupun lapan buah kerajaan Banu Jaan bersatu untuk memerangi Ohia, mereka tetap dikalahkan oleh Ohia. Selain itu, Ohia pernah bertempur dengan Kerajaan Kahyangan tetapi dia mengalami kekalahan dan mati kerana tidak dapat menandingi kesaktian Kerajaan Kahyangan tersebut. Ohia dikatakan mempunyai beberapa orang anak antaranya bernama Sihon, Ogias dan Og. Sihon dan Og pernah hidup hingga zaman Nabi Daud kerana semasa Banjir Besar Nabi Nuh, Sihon dan Og pernah menyelamatkan diri bersama Auj bin Unuq.
Ogias pula bersama sahabat karibnya dari keluarga lain bernama Gilgamesh dan Humbaba menuju ke arah Mesopotamia untuk membina kerajaan. Dari situ berkembang biak lah suku kaum Nefhilim sehingga mereka dianggap sebagai Tuhan bagi sesetengah masyarakat setempat.
Jangka hayat kaum Nefhilim pernah diketahui wujud sehingga kurun ke-10 Sebelum Masihi. Kebanyakkan mereka muncul dibeberapa tamadun dunia seperti Mesir, Babylon, Assyria, Shurrupak, Ur dan lain-lain sekitar Lembah Mesopotamia.
#MAMR
www.facebook.com

Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | ASAL-USUL BANGSA NEFHILIM | Facebook
ASAL-USUL BANGSA NEFHILIM Bangsa Nefhilim merupakan suatu bangsa yang sangat aneh dan misteri. Bangsa ini wujud dari percampuran benih manusia dengan benih Malaikat Yang Jatuh (Fallen Angel)....