BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala tersekat besi katil

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
20141027pawi2.transformed.jpg


Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cemas apabila kepalanya tersepit di antara besi katil dua tingkat di rumahnya di Lorong Solok Tambak, Balai Panjang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa dikatakan sedang meniti di atas besi katil sebelum terjerlus dan lehernya tersangkut.

Ibu mangsa yang menyedari kejadian cuba meregangkan besi katil namun gagal lalu menghubungi bomba dan penyelamat.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.

"Ketika sampai di lokasi, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sedang menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan berdiri.

"Mangsa berjaya diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota menggunakan Bolt Cutter untuk memotong besi katil," katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4451#sthash.mz9FiCOb.dpuf
 
Fuh kenangan manis ni dah tua nti mesti senyum tgk gambor ni
 
Bkn blh bengkok biasa je ke besi ni..sampai panggil bomba, panik kot
 
nampak je ada ruang budak2 ni suka sgt selit2 kepala,,ha tu padahnya
 
budak bijak mcm ni ler...

tingat anak2 kat umah...
 
mula2 ingat die masukkan kepala

rupanye tjatuh ke bawah. dah tu panjat naik jela balik haha
 
nasib baik katil tu sama tinggi ngan dia kot.....kalau x mmg tergantung la
 
mula2 ingat die masukkan kepala

rupanye tjatuh ke bawah. dah tu panjat naik jela balik haha

hahahaha..
ambe pung ingat dia selitkan kepala..
ghupernya terjerlus..

cer panjat balik..
mak dia panik tu..
X Psal2 Besi Katil kena potong..
 
Back
Top
Log in Register