BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Kepala putus atas kubur
KAJANG: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki ditemui dibuang di tanah perkuburan dalam keadaan kepalanya dipenggal hingga putus menggunakan pisau pemotong daging.
Malah, ketika ditemui, kepala mangsa yang berlumuran darah ditinggalkan tidak jauh dari kaki mangsa yang dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam.
Sumber polis berkata, kewujudan mayat mangsa tanpa kepala itu disedari seorang pekerja pembersihan yang memotong rumput di kawasan perkuburan di Taman Delima di sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki berkenaan bagaimanapun terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah berhampiran semak di kubur itu.
“Ketika ditemui, kepala mangsa sudah putus dan kepala itu sengaja dicampak tidak jauh dari kaki mangsa.
“Lelaki terbabit menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi berkata, hasil siasatan polis mengenal pasti mayat mangsa sebagai seorang pekerja warga Bangladesh.
Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai operator kilang di Tampin, Negeri Sembilan ditetak pada tubuh, kepala dan tangan.
“Polis hanya menemui kad identiti pada mayat mangsa manakala barang berharga lain didapati hilang. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau pemotong daging.
“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan ada kaitan dendam,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
-- H.Metro