BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala pemuda berbentuk ganjil

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_09.1.jpg

QUEEN - Sekumpulan doktor di Britain terpaksa membuang separuh tengkorak seorang lelaki, Steve Gator selepas dia diserang oleh dua lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Gator, 26, yang bekerja sebagai pemandu kren sedang dalam perjalanan pulang dari kilang tempat dia bekerja pada 15 Januari lalu apabila dua remaja menjerit kata-kata kesat terhadap seorang sepupunya.

Berang dengan perbuatan itu, Gator cuba berdepan dengan mereka tetapi dia ditumbuk dengan kuat menyebabkan kepalanya cedera teruk akibat terhantuk pada simen bahu jalan.

Dia kemudian pergi ke sebuah hospital dekat sini untuk mendapatkan rawatan.

Doktor-doktor terpaksa membuang bahagian hadapan tengkorak pekerja kilang itu selepas otaknya membengkak.

Pihak hospital turut memberitahu ibunya, Nina bahawa peluang anaknya untuk terus hidup amat tipis tetapi Gator selamat selepas koma selama dua minggu.

"Dahulu, dia gemar berdikari. Kini Gator tidak boleh bekerja. Cuma terdapat kulit kepala yang melindungi otaknya. Kami masih menanti plat tengkorak baru untuk anak saya," kata Nina.

Wanita itu lebih kecewa apabila mengetahui pihak pendakwa raya telah menggugurkan pendakwaan terhadap dua samseng remaja yang menyerang anaknya kerana kekurangan bukti. - Agensi
 
sendiri cari nahas...tunjuk hero lah tu...dah org ejek2 blahh je la...amik ko, trus pekkk kepala...
 
masuk plat tengkorak bsok..
teros jd cyborg la..
balas dendam kt 2 ekor samseng tu..
 
sendiri cari nahas...tunjuk hero lah tu...dah org ejek2 blahh je la...amik ko, trus pekkk kepala...

awk xde perikemanusiaan ke..? x kesian ke? walaupun lain bangsa lain agama..kesian jg la weh..xbek ckp camtu..bkn dia nk camtu pun..
 
x de ke altenatif lain tuk kekalkn bntuk kpale yg sebenar?
 
Back
Top
Log in Register