eshoppe09
Active+ Member
- Messages
- 4,889
- Joined
- Jul 30, 2009
- Messages
- 4,889
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
Mati digilis kereta api
ahad 20 sept
KUALA LIPIS: Seorang lelaki terbunuh dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah akibat digili kereta api Ekspres Timuran di Kilometer 234.5, Jalan Lipis-Gua Musang, dekat sini, pagi kelmarin.
Setakat ini identiti mangsa nahas yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu belum dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui padanya ketika pemeriksaan dilakukan Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis.
Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata mangsa memakai kemeja putih dan berseluar jeans.
“Polis hanya menemui sekeping tiket kereta api Lipis-Jerantut yang bertarikh 9 September lalu di dalam poket seluar jeans mangsa,” katanya.
Abdul Razak berkata, hasil bedah siasat, lelaki terbabit didapati mempunyai tatu di lengan kiri selain tidak mempunyai gigi di bahagian atas.
“Polis percayai mangsa berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, namun tidak pasti tujuan sebenar dia ada di landasan kereta api kerana tiada saksi kejadian.
“Sehubungan itu kita meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil di Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk membuat pengecaman mayat,” katanya.