orang macam RPK peduli apa pasal agama dan ketuanan melayu. dia dibesarkan dalam kalangan yang berada dan mampu dapat apa saja. dia tak merasa perit jerih kehidupan orang biasa. orang macam kita. orang yang hidup dalam lingkungan kesusahan. orang yang terpaksa jalan kaki ke sekolah sebab mak bapak tak mampu nak bayar duit bas. orang yang pergi naik bas ke universiti dan mendaftar sorang2 hari pertama . orang yang tak makan seharian sebab duit cukup2 untuk print assignment.
dia RPK orang senang. mana tau susah payah. jadi bagi dia, agama ni tempat dia main2 je. orang macam kita pegang agama sebab kita tahu hanya allah yang kaya. kita tak ada mak bapak yang kaya. RPK ada mak bapak yang kaya. susah skit je boleh pergi jumpa mak bapak. kita pula hanya mengadu pada allah.
bagi dia, kalau tak masuk uitm atau universiti dalam negara pun tak ada hal. dia boleh keluar negara. belajar kat sana. balik england tu memang dalam plan dia. kita? kalau tak kerana subsidi dan bantuan kerajaan, 20 tahun pada sekarang pun agaknya tak ramai orang melayu akan jadi kalangan professional kecuali mak bapak dia keturunan bangsawan.
jadi, peduli apa RPK dengan islam dan semangat melayu.
itu pendapat aku sahaja pasal mamat ni.
kalau ada yang terasa. aku minta maaf.