BTC USD 86,223.3 Gold USD 4,173.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kepala digilis treler

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA KUBU BARU: Seorang kanak-kanak perempuan mati dalam keadaan ngeri apabila tercampak keluar dari dalam van dinaiki sebelum kepalanya digilis sebuah trailer hingga hampir berkecai.

Dalam kejadian awal pagi semalam, Chai Lee Mei, 11, maut serta-merta di lokasi kejadian yang turut menyebabkan sembilan lagi pengguna lebuh raya cedera termasuk seorang kritikal.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, kemalangan membabitkan enam kenderaan itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi berhampiran Kilometer 307.9 Lebuhraya Utara-selatan arah utara selepas susur Lembah Beringin, di sini.

Menurutnya, kemalangan membabitkan empat kereta, van dan treler itu berlaku ketika hujan renyai menyebabkan permukaan jalan licin.

“Kemalangan bermula apabila sebuah kereta Nissan Latio yang dipercayai dipandu laju gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Kereta dipandu seorang lelaki, Yoeh Chia Lee, 24, turut dinaiki ibu dan tiga rakannya. Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Iswara dari arah belakang,” katanya.

Pada masa sama, dua lagi kereta Proton Satria dan Hyundai yang tidak sempat mengelak, merempuh pula antara satu sama lain.

Menurutnya, pemandu treler yang mengekori dari belakang terpaksa menekan brek mengejut menyebabkan bahagian kepala treler berpusing dan bahagian belakang lori itu `melibas' sebuah van Perodua Rusa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari van sebelum terperosok di celah tayar belakang treler berkenaan.

“Seorang lagi mangsa, Lee Loy Kiew, 39, cedera parah dan dihantar ke Hospital Ipoh.

Che Hussin berkata, mangsa yang tercedera dikenal pasti sebagai Low Cho Hoi, 35, Chai Chui Hong, 34, Mariana Ahmad, 27, Ahmad Fauzi Fauzan, 4, Zaharudin Haidir, 35, Salina, Asmiza dan seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti identitinya.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River, Perak, untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu treler Rosmi Ramli, 40, tidak cedera . Mayat kanak-kanak malang terbabit dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan laluan lebuh raya arah utara ditutup hampir sejam.

Saksi kejadian diminta menghubungi Cif Inspektor Mazalina Ibrahim di Balai Polis Trafik Hulu Selangor di talian 03-60641222 bagi membantu siasatan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090828071907/Article/index_html
 
kemalangan mngerikan..
keta mahal mana pon..
ujan mesti ada yg fail..
 
tapi kalau kereta mahal ada childlock
 
Back
Top
Log in Register