cyber99
Fun Poster
- Messages
- 827
- Joined
- Mar 5, 2011
- Messages
- 827
- Reaction score
- 97
- Points
- 30
Kepala digilis lori 10 tan
15 Mac 2013
Mangsa, Mohd Firdaus (gambar kecil) terjatuh dari motosikal sebelum kepalanya digilis tayar belakang lori 10 tan.
ALOR GAJAH - Hasrat seorang bapa melawat bayinya yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka tidak kesampaian apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan, di Jalan Dol Said, Kelemak, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Dol Said, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang apabila motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa, Mohd Firdaus Amirudin, 26, bergesel dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
Saksi kejadian, Khairul Izwan Abd Kadir, 25, berkata, mangsa menunggang di kiri jalan dihimpit sebuah lori 10 tan dari arah sama lalu hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan bersama barang yang dibawa.
“Sebaik sahaja terjatuh kepala mangsa digilis tayar belakang lori berkenaan dan tidak sedarkan diri dalam keadaan kepala mangsa berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, orang awam dan pengguna jalan raya cuba mengejutkan mangsa yang disangka masih hidup sebelum bertindak menghubungi bantuan kecemasan dan ambulan tiba beberapa minit kemudian.
Bapa mangsa, Amirudin Rejab, 53, berkata, mangsa dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk melihat keadaan anak bongsunya, Muhammad Alif Khushairi berusia sembilan bulan.
“Sejak anaknya ditahan wad kira-kira dua bulan lalu, arwah akan berulang dari Alor Gajah ke Hospital Melaka berikutan isterinya, Suriana Zainudin, 22, sentiasa menemani bayi mereka di sana,” katanya.
Amirudin berkata, arwah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Rembia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sehingga dimaklumkan terbabit dalam kemalangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah lori mengakibatkan seorang maut.
“Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat, "katanya.
--SINAR HARIAN.