zuljaalaa
Legendary Member

- Messages
- 11,896
- Joined
- Jun 3, 2006
- Messages
- 11,896
- Reaction score
- 57
- Points
- 125
Bengang btul la TM net ni
aku punya suka la nak pakai berapa banyak bandwith pon.. duit aku.. bodo punya TM netKepada Tuan/Puan,
Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.
Merujuk kepada masalah anda dalam memuat turun fail-fail melalui aktiviti P2P, kami ingin memaklumkan bahawa kami tidak menyekat secara langsung sebarang aktiviti yang melibatkan aplikasi P2P. Kepadatan trafik yang terhasil daripada terlalu banyaknya aplikasi kepada aktiviti P2P ini sebenarnya telah menyebabkan kesesakan talian di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan 'bandwidth' pengguna yang lain.
Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara 'online'.
Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak 'bandwidth diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan 'surfing' mahupun 'chatting'. Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk mengeksploitasi 'bandwidth'.
Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah 'link' adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan menstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.
Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, 'web browsing' mahupun 'video streaming'.
TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti menaik turun bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti memuat turun. Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti 'bandwidth' untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada tahun ini.
Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik "Need Help? Contact our Customer Service".
Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Yang benar,
Muhammad Jamil
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.
www.tm.net.my
(ICOMS#5147727-327617)