BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kenyataan saya diputar belit'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



Dr Noor Azmi Ghazali
< 1 / 1 >
SELINSING - “Kenyataan saya diputar belit.” tegas Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali setelah kenyataannya mempertikaikan harga barang naik disebabkan kenaikan harga minyak dalam sidang Parlimen baru-baru ini mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak.

Dr Noor Azmi berkata, kenyataannya mempertahankan tindakan Kerajaan Pusat mengurangkan subsidi minyak negara dibuat setelah memahami keperluan sebenar usaha pihak kerajaan merasionalisasikan harga minyak untuk tempoh jangka masa panjang.

Menurutnya, kenaikan harga barang yang berlaku di negara ini bukan semata-mata dipengaruhi faktor kenaikan harga minyak, malah turut mengambil kira eksploitasi pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Bagi saya, fokus sebenar dalam membendung kenaikan harga barang adalah dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi setiap tindakan kerajaan sebagai alasan untuk menaikkan harga barang.

“Sekiranya harga minyak naik, semua orang menganggap harga barang naik. Namun sekiranya harga minyak turun, mengapa harga barang tidak turun sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Noor Azmi turut menegaskan penerangan berkaitan kerajaan merasionalisasikan subsidi bahan bakar di negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada rakyat dan pada masa sama dapat mengelakkan rakyat keliru dengan info tidak tepat.
 
kenyataan anda di parlimen diputar-belit? leh check hansard la bro
 
Back
Top
Log in Register