Platform beli belah dalam talian diarahkan padam iklan, tarik balik penjualan gula-gula ginseng
Kuala Lumpur: Sebuah platform beli belah dalam talian diarahkan memadam kandungan iklan dan penjualan gula-gula ginseng iaitu 'Kingu Ginseng Candy' dengan serta-merta.
Ia berikutan gula-gula ginseng berkenaan dikesan mengandungi tadalafil dan dijual secara dalam talian di platform beli belah berkenaan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati, label produk terbabit tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Iaitu tiada nama dan alamat pengilang/pembungkus/pengedar/empunya hak untuk menghilang/pengimport.
Kuala Lumpur: Sebuah platform beli belah dalam talian diarahkan memadam kandungan iklan dan penjualan gula-gula ginseng iaitu ‘Kingu Ginseng Candy’ dengan serta-merta.
Menurut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.
Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM