BTC USD 81,949.8 Gold USD 4,136.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kencing x lawas...???

jumpa dlm tenet...leh cuba..

Petua: Kencing tak lawas
Ramai lelaki mengalami masalah membuang air kecil; samada sukar atau tak puas/tak lawas. Ini amat menyukarkan kerana ia sedikit sebanyak mengganggu kita sewaktu menunaikan solat. Kita perlu sentiasa mempunyai kain yang extra untuk menyelesaikan masalah ini. Ini lebih sukar sekiranya kita membuat perjalanan jauh.
Ada beberapa cara/ petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah kencing tak lawas ini. Antaranya ialah :

i) selepas membuang air kecil, cuba batuk-batuk kecil beberapa kali

ii) jangan kencing berdiri
iii) ambil telur puyuh 3 biji, gula batu anggaran sebesar 2 jari, air nasi yang mendidih pada
anggaran 5 sudu besar . Gaul/kacau kesemuanya sampai hancur. Minum ramuan ini
sebelum tidur selama tempo 2 atau 3 bulan sehingggalah penyakit ini reda.

iv) ambil daun dukung anak ( banyak terdapat di kampong/ juga dalam pasu bunga), rebus
dan minum airnya

v) ambil daun dan batang misai kucing ( mudah ditanam dalam pasu bunga) .rebus dan
minum airnya seperti kita minum teh

vi) ambil 10 kuntum bunga kancing baju/butang yang masih segar.Rebus dan minum airnya 1/2 kali sehari.

vii) ambil 2/3 helai daun hempedu bumi (pahit) ke dalam cawan. Masukkan air yang mendidih.
minum bilaagak sudah suam.

viii) minum air perahan dari daun ketumpang air/atau sirih air (utara)

ix) Ambil segenggam barli, rebus, minum airnya ketika suam. ( Boleh buat 2 kali rebusan )


huhu...
thanX bRo....
byk nie...
hehe....:)cgrock:)cgrock
 
asben kwn aku....chinese......guna lumiglow.....happy giler dia...slps bertahun2 tak lawas kencing...akhirnya mslh setel.....tak smpi sebulan

nie promote ke.....
citer real nie...
kalu real...
boleh gak try...:D:D
 

nie promote ke.....
citer real nie...
kalu real...
boleh gak try...:D:D

citer real la....kwn aku beli utk guna sendiri....tp asben dia guna lak utk kempiskan perut....

tanpa diduga...mslh kencing tak lawas yg setel.....masa tu br kwn aku ni tau, sblm ni asben dia ada mslh kencing tak lawas...asben dia tak penah citer rupanya....:D
 
petua org lama...

Mudah & murah
bakar sabut kelapa tua dan kencing diatasnya.
:">aku pernah buat benda.Insyaallah...
 
ermm anne kekadang rajin gak kena kencing x lawas nie..
mmg seksa..
selalu g farmasi jek..beli ural..minum dlm 2 / 3 peket ok dah..
byk kn minum air suam jek...
 
Aku rasa kalu lelaki, itu tanda2 bengkak prostate, punca kepada kanser prostat, pembunuh senyap lelaki no 2, punca ialah selalu tahan-tahan bila nak terkencing,
 
boleh try amalkan krim virile for men. dr ismail thambi syorkan.

aku dah amalkan 3 bln lebih dan kencing tak lawas dah hilang.

dulu pernah check doktor,doktor ckp aku kencing kotor. :D

nak letak link aku rasa mcm promote brg la plak tp boleh refer signature aku tu.
 
Back
Top
Log in Register