BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kencing Tikus

sideskirt

Active+ Member
Messages
3,819
Joined
Jul 31, 2007
Messages
3,819
Reaction score
16
Points
25
Aku ada 2 kisah nak share yang terjadi disekeliling aku minggu lepas(sori la coz aku mmg tak pandai buat jalan cerita)

Kes 1
Kisah anak sedara belah wife aku. Budak tu baru berumur 9 tahun, sebaya dgn anak aku. Minggu lepas tetiba dia asyik mengadu sakit mata dan kepala pening2.

Ada 1 malam dia terberak tanpa disedari. Rupanya dia pon tak tau yang dia terberak. Hujung minggu lepas tetiba dia pengsan/koma. Bergegas dimasukkan ke hospital.

Doktor kata ada jangkitan kuman dalam otak. Pembedahan otak dilakukan. Keadaan masih sama. Doktor kata beliau tiada harapan lagi. Jangkitan dah serius dan fungsi badan akan mati satu per satu. Semalam beliau telah kembali rahmatullah. 9 tahun je dia dipinjamkan untuk dikasihi...:(( :(( :((

Hari ni doktor sahkan kena jangkitan virus kencing tikus.


Kes 2
Jiran aku(dewasa) kena demam panas. Kena masuk wad. Antibodi kuat, demam dapat dibendung. Smalam beliau dah keluar dr wad.

Doktor kata beliau kena virus kencing tikus. Nasib baik virus tak banyak...#:-S




Dua kes diatas amat merunsingkan aku ... :-? :-?


Kat sini aku nak tgk pandangan forumer tentang virus terbaru ni yg asyik meragut nyawa.


Aku ada concern tentang barang dlm tin yg dibeli dr kedai runcit.
Sebagai contoh susu pekat manis tu, klu lepas beli terus buka tin dan ceduk susu, tak penah pon basuh tin dulu sebelum buka.

Contoh lain adalah air tin. Lepas beli, kopek penutuk terus gogop air, tak pakai straw pon.

Barang2 ni adalah contoh barang yg disimpan dlm stor dan menjadi laluan dan tempat tikus main sembunyi2.



Korang ada terpikir tak benda2 lain yg boleh menyebabkan jangkitan virus kencing tikus ni untuk diambil sebagai langkah berjaga2. Boleh la share kat sini ...
 
sungai pun bahaya..

tu la, sebelum ni mmg terbaca pasal kes kat sungai tu, jadi kurang amik kisah pasal mmg tak main sungai ...

skang kat bandar pon ada kes ni, dah mula takut yg amat ...
 
Thanks TT for highlighting this issue .aku pun tertanya2 kenapa akhir2 ini timbul penyakit akibat kencing tikus ni... dari mana dia datang ? memang jadi practice aku membasuh dulu bahagian luaran tin/botol makanan/minuman yang aku beli dari kedai2 sebelum aku buka ..
 
Tak terpikir pasal 2 benda tu, lepas ni kena basuh dulu sebelum guna.. Risau gak virus camni, boleh terkena dlm kita tak sedar,
 
nama mmg virus kencing tikus, tapi bukanlah berpunca hanya dari air kencing tikus sahaja secara khususnya.
 
Tak terpikir pasal 2 benda tu, lepas ni kena basuh dulu sebelum guna.. Risau gak virus camni, boleh terkena dlm kita tak sedar,

tu yg nak tanya yg lain, maybe ada bende lain yg kita boleh elakkan ...
 
Back
Top
Log in Register