Mungkin dari perspektif orang Myanmar, tiada logiknya. Tapi kita bukan orang Myanmar, jadi kita ada HAK untuk tidak bersetuju dengan mereka, dan ada hak untuk tidak memandang perbuatan mereka sebagai sesuatu yg logik.
Kita tidak membincangkan tentang orang Islam itu MAKSUM. Of course, sudah tentu semua manusia ada melakukan kesalahan, kecuali para Nabi/Rasul. Tapi soalan saya sebelum ini ialah, jenayah apakah yg telah dilakukan oleh Etnik Rohingya di Myanmar, sehingga menjustifikasikan perbuatan membunuh mereka? Apakah bentuk kesalahan yg mereka sendiri telah lakukan, sehingga mereka 'deserved' to be killed without any mercy?
Kalau sebut tentang bantuan, adakah anda maksudkan bantuan dari kerajaan, bantuan organisasi, atau bantuan individu? Kalau bantuan dari kerajaan, mungkin kerajaan boleh berikan bantuan dari segi menyediakan Kem Pelarian sementara dan dalam masa yg sama, membantu menengengahkan kes ini di peringkat antarabangsa. Kalau dari segi bantuan organisasi, kita ada badan2 seperti ABIM dan GPM yg baru saja menghulurkan bantuan Ramadhan kpd mereka. Kalau anda maksudkan bantuan individu, wang terkumpul di yg disumbangkan oleh individu sudah pun dihantarkan ke Myanmar menerusi ABIM dan GPM tadi. So bantuan mana yg anda maksudkan?
Pada pendapat saya, setiap orang boleh menghulurkan sumbangan secara invidivu, tanpa perlu menunggu kerajaan menyuruh kita melakukannya. Lakukan peranan masing2, setakat yg kita mampu. Kalau anda kata kita bertelagah dlm forum, itu adalah kerana EFEK di atas tulisan dan pendapat kita sendiri yg menimbulkan provokasi di kalangan forumer. Maka kita kena tanya balik diri kita. Apakah yg kita dapat apabila kita menimbulkan provokasi, berpunca dari statement yg kita sendiri keluarkan? Kalau kita berani mengeluarkan statement seperti itu, maka kita juga harus berani bertanggungjawab menerima efeknya. Kita kena berani back-up pendapat kita dan jelaskan mengapa kita berpendapat sedemikian. Apatah lagi jika ia ada kaitan dengan AGAMA.
Pokoknya, anda membuka thread dlm Forum Info & Debate. Jadi anda harus bersedia di'temuramah' di atas thread dan isu yg anda sendiri buka. Secara peribadi, saya berpendapat ini bukanlah satu pertelagahan, tapi memberi ruang kpd kita utk BERMUZAKARAH dan sama2 mencari SOLUSI atau Alternatif, bagi membantu dan menyumbang apa yg boleh kita bantu dan sumbangkan. Paling tidak, itu jauh lebih baik daripada kita asyik menuding jari dan mengatakan, 'Itu Salah, Ini Tak Betul...' tapi kita sendiri tidak melakukan apa-apa untuk mengubahnya...