BTC USD 84,191.4 Gold USD 4,142.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kenapa perlu niat?

katakan encik NAJIB (bukan nama sebenar) sedang tidur..kemudian pukul 6.00 pagi dia mengigau, dalam keadaan mengigau bangun dari tidur, masuk bilik air, ambil wuduk, then (dalam keadaan masih mengigau)angkat takbir dan seterusnya selesai 2 rakaat solat....


so sah tak wuduk dan solat dia? bolehkan dia dikatakan telah cukup syarat sah solat subuh tersebut?

anda jawab..........


p/s: niat tidak sama dengan perbincangan "lafaz niat"
 
Kerana niat ni kalau nk bicara niat ni belum ada langit & bumi lagi...kan niat tu x berhuruf & x bersuara...
 
kalau Allah maha mengetahui,kenapa setiap amal ibadat kita perlu ada niat?

Ada ke kamu buat sesuatu perkara tanpa niat? Even kamu nak makan, membuang hajat atau apa saja dilakukan dengan niat. Hanya orang gila atau orang yang mabuk yang mana akalnya tidak dapat berfungsi dengan baik je melakukan sesuatu tanpa niat. Bila kamu dalam keadaan sedar setiap perbuatan yang kamu lakukan ada niatnya.

Cuma perbuatan yang dipandang oleh Allah SWT ialah apabila ia dilakukan dengan niat kerana Allah SWT. Allah SWT itu Maha Pemurah sebab itu orang Islam sangat mudah nak dapat pahala kerana setiap perbuatan yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah ibadat. Ada orang melakukan sesuatu kerana niat selain dari Allah seperti bodek bos dengan niat dapat naik pangkat dsb. Niat seperti ini tidak dipandang oleh Allah malah boleh mengakibatkan pelakunya terjebak dalam dosa syirik.

Dalam hal ibadat dah tentulah kita lakukannya kerana Allah SWT sebab untuk apa lagi kita beribadat? Kalau kita melakukan setiap perbuatan dalam solat tapi niat bukan kerana Allah maka itu bukan ibadat namanya.

Dalam Islam terdapat golongan munafiq yang mana golongan ini berpura-pura menjadi orang Islam tetapi setiap apa yang dilakukan bukan kerana Allah sebaliknya kerana niat yang lain iaitu menghancurkan Islam. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita sembunyikan dalam hati kita. Tak perlu kita nak lafazkan niat kita pun Allah dah tahu apa sebenarnya yang kita niatkan. Kerana kadang-kadang apa yang kita lafazkan adalah bertentangan dengan apa yang kita niatkan.
 
kalau Allah maha mengetahui,kenapa setiap amal ibadat kita perlu ada niat?

NIAT tu untuk panduan diri kita..Bukan kerana Allah berhajat pada niat kita..

BERNIAT KERANA ALLAH maksudnya KITA NIATKAN MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN ITU SEMATA2 KERANA ALLAH..

Manusia yang DISURUH BERNIAT KERANA ALLAH sebagai panduan supaya dirinya melakukan sesuatu perbuatan KERANA PERINTAH ALLAH..bukan kerana lain..

Anda yang tahu NIAT anda..setiap perbuatan zahir anda akan berserta dengan 'NIAT' anda melakukannya..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah..

Contohnya jika anda menutup aurat..boleh jadi anda menutup aurat kerana

1.Sebab nak lawa
2.sebab malu orang lain kutuk
3.sebab hipokrit
4.sebab kepala anda botak
5.sebab saja-saja
6.kerana perintah Allah

Jika anda ada NIAT yang lain dari selain KERANA ALLAH maksudnya anda tahulah bahawa NIAT anda dah tak betul..

Jika Islam tak suruh anda berniat..bagaimana anda nak tahu anda lakukan sesuatu itu untuk apa?

Sekadar pandangan peribadi..
 
mintak pencerahan sikit...
niat tu aper aaa?

kan dah ada

Niat, dari segi bahasa bererti kasad, tujuan dan nazar. Menurut istilah syarak, niat bererti sengaja melakukan sesuatu yang disertakan dengan perbuatan. Kalau ia merujuk kepada sembahyang, niat hendaklah dilakukan pada permulaan sembahyang, iaitu ketika membaca lafaz ``Allahuakbar''.

Niat membezakan sama ada perlakuan yang dilakukan oleh seseorang itu menjadi adat/kebiasaan semata-mata ataupun ibadah. Orang yang duduk di masjid kerana berehat berbeza dengan orang yang beriktikaf. Niat dalam sembahyang adalah rukun. Bererti sembahyang tidak sah tanpa niat.
 
rsnya tt perlu cari pengetahuan tambahan psl NIAT dahulu.
g la jmp ustaz, alim ulama mntk pencerahan apa itu NIAT. baru la jelas apa mksud NIAT & kepentingannya selaras dgn maksud Firman Allah "setiap amalan bermula dgn niat".
 
katakan encik NAJIB (bukan nama sebenar) sedang tidur..kemudian pukul 6.00 pagi dia mengigau, dalam keadaan mengigau bangun dari tidur, masuk bilik air, ambil wuduk, then (dalam keadaan masih mengigau)angkat takbir dan seterusnya selesai 2 rakaat solat....


so sah tak wuduk dan solat dia? bolehkan dia dikatakan telah cukup syarat sah solat subuh tersebut?

anda jawab..........


p/s: niat tidak sama dengan perbincangan "lafaz niat"

aku rse mase die brwuduk 2 dh terjage psl basuh muke ngan air...
 
Allah Maha Mengetahui itu asma Allah...dan itu sifat Dia...

Niat itu usaha makhluk, dan sifat makhluk...

untuk difikirkan:

kalau engkau tu bos....engkau nak suruh anak buah bancuhkan kopi...salah ke?...

kalau bos boleh bancuh kopi sendiri,,,kenapa perlu anak buah buat?...(ini persoalan anda)


tapi ini contoh makhluk...bos suruh anak buah buat, mungkin kerana kelemahan,,,

Allah, Dialah tuhan, tiada kelemahan...TIDAK BOLEH DIBANDINGKAN SAMA SEKALI....ALLAH MAHA SUCI....contoh di atas hanya kerana akal makhluk terbatas,,,cuma boleh menilai makhluk di dunia ini..

xkan tercapai akalmu untuk memikirkannya,,,akal tu tuhan bagi stakat itu sahaja..dia perintahkan engkau niat untuk bagi syarat engkau mendapat pahala dari amal....maka buatjele....kalau rasa diri itu hamba tuhan....

engkau nak ke,,,engkau x nak ke...Allah x rugi pun,,,x berkurang apa pun,,,kerana hakikatnya dia Yang Maha Memberi segala-galanya....rugi itu pun sifat pada makhluk...
 
Back
Top
Log in Register