BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa perlu bayar jgk co-insuran?

kalau macam tu..jadi lebih pru la plak.. co paymeny 10% tapi max 1k jer...

Nampaknyer dr survey saya ler, mmg begitu lah... walaupun di Prudential Assurance or Prudential BSN Takaful mempunyai caj2 mahal sedikit dr semua, TETAPI client lebih secure dr segi caj2 pelik semasa nk keluar wad... am i right??
 
Nampaknyer dr survey saya ler, mmg begitu lah... walaupun di Prudential Assurance or Prudential BSN Takaful mempunyai caj2 mahal sedikit dr semua, TETAPI client lebih secure dr segi caj2 pelik semasa nk keluar wad... am i right??

cuba tanya staff yang handle admission/discharge kat hospital pakar... rasanya jawapan mereka tidak akan bias. mereka akan cakap dari pengalaman mereka... sebab mereka yang selalu kena /tiau/ oleh customer/
 
MAK AAIIII!!! da ada istilah baru ker, co-payment?!?! ingat nak cari insuran yg takde co-insuran jerk, sekarang nak kena cari yg takde co-insuran ngan co-payment ker??? feninnnn...
 
Salam, sy ada satu soalan nk tnya agent2 yg berkenaan.. Saya ada satu masalah berkaitan dgn co-insuran.. Abang sy masuk hospital 6 hari disebabkan kena buat pembedahan lutut, kos rawatan dianggarkan lebih kurang 20k.. Dia guna medical card MAA, mula2 agent dia ckp xde co-insuran tp masa nk kuar kena bayar plak 10% co-insuran.. Agent ckp sb abg sy tukar bilik rawatan sb tu kena bayar, tp xkan sampai RM2000 kot.. Bilik mmg terpaksa tukar sb bilik lain dh penuh.. So sapa yg salah?

saya nk jawab sedikit persoalan yang diberikan..
memang medical card MAA Takaful tidak ada sebarang ko-takaful/ko-insurans
malahan kemasukan adalah 100% tanpa tunai (kecuali deposit yang diminta oleh sesetengah hospital yg akan dipulangkan apabila pesakit keluar wad)

10% yang dikenakan memang akan terjadi apabila pelanggan mengambil bilik yang lebih tinggi daripada had yang diberikan. bilik terendah yang diberikan oleh MAA Takaful adalah RM150 sehari. Jika bilik yang diambil (mungkin sebab bilik RM150 dah penuh) adalah lebih dari nilai tersebut, memang ada cas sebanyak 10% daripada bil. WALAUBAGAIMANAPUN, saya sebagai ejen MAA Takaful, tahu bagaimana untuk mengelakkan daripada dikenakan cas 10% tersebut walaupun terpaksa menukar ke bilik yang lebih tinggi.

saya juga ada terbaca yang elaun wad tidak diberikan, mungkin boleh periksa semula polisi. kalau xde dalam polisi, memang xdapatla.mungkin dulu diterangkan ada elaun wad, tapi masa nak sign up tak jadi nak ambik elaun wad tu..sebab tu kena periksa polisi masing-masing..betul ke atau cukup ke perlindungan yang diambil...dan sepatutnya ejen kena terangkan masa penyerahan polisi tu :)
 
Last edited:
Setahu aku mana-mana company insurans akan kenakan co-insurans jika kita upgrade bilik. Ini kerana sumer charge akan jadi lain harga bila kita upgrade bilik.
 
Yang terbaik sekarang ni, better check balik apa yang ditulis dalam polisi.
 
Salam, sy ada satu soalan nk tnya agent2 yg berkenaan.. Saya ada satu masalah berkaitan dgn co-insuran.. Abang sy masuk hospital 6 hari disebabkan kena buat pembedahan lutut, kos rawatan dianggarkan lebih kurang 20k.....

salam putra,
thx sbb rise isu ni. apa yg saya baca, hanya agen2 Pru & agen AIA yg beri opinion on ur isu. opinion mereka hanyalah opinion dari pespektif 'third party'. belum ade lagi agen Maa Takaful yg beri explanation. so mintak tuan focus ONLY on my answer ye.saya cuba explain in simple term & se-santai santai posibel supaya mudah difahami kita bersama(termasuk ejen2 lain). oh btw, sila layari blog saya www.maatakaful2u.com (sempat lg promot tu :D ).saya ada update pasal perbezaan antara co-takaful(co-insuran) dengan co-payment.

Saya ada satu masalah berkaitan dgn co-insuran..
saya citer sket pasal apa meaning co-takaful & co-payment.ini adalah 2 bende/situasi berbeza.
co-insuran adalah terma utk produk konvensional
co-takaful adalah terma utk produk takaful
kedua2 terma ni adalah sama,cuma wording je beza.since abg u ambek dgn Maa Takaful,kita guna wording co-takaful ye :)

makna co-takaful ialah jumlah(portion) yg customer harus bayar SELAGI MENGIKUT TERMA & SYARAT apabila menggunakan medikal kad.
apakah syarat2 nya??? hehe..jap ye. dh kul 1.30am ,mata xbrape celik.pekena kopi mai secawan.

apakah syarat2 nya???
syarat nya ialah;
1)customer tu kena tunggu tempoh 'edah' aka grace period 120hari dari tarikh approve policy utk penyakit2 serius..in this case mcm abg u nyer kes la. kalau kes eksiden,kad boleh pakai anytime(xde tempoh edah)

2) harga bilik hospital tidak melebihi harga bilik yang u layak.in ur bro case, konfem dia ambek plan 1 (bilik RM150/hari) berpandukan statemnt yg u ckp elaun rm50 xdpt claim.sila rujuk blog saya under title Smart Medic utk tgk apa jadual manfaat Plan. samada ur bro ambek medical card secara stand alone or as a rider,ni bukan.lets move on,shall we?

contoh co-takaful ialah customer WAJIBUL GHUNNAH bayar 10% dari total bill hosp. lagi 90% co.takaful yg setel. ada kompany yg ko-takaful min $300-1000 max, ade yg tiada minimum tapi max RM500. senario2 ni ada pada co. takaful otai spt PruBsn,GE Takaful, Etiqa takaful. ni je co. sy boleh ingat.

contoh Kompany takaful yg TIDAK mengenakan ko-takaful (selagi mengikut terma & syarat) ialah Maa takaful, T.Ikhlas. saya xperlu sebut nama2 company yg berasaskan konvensional sbb xreleven dalam dunia takaful.

"abihtu,kalau Maa Takaful dok heboh2 psl xde ko-takaful,apsal ade customer kena bayar sampai 2000?? "
tuan,sila rujuk dan amati terma di bawah ini ye.

makna co-payment ialah situasi dimana customer wajibul-ghunnah membayar 10% dari total bil hospital dan tiada maksima apabila MELANGGAR terma & syarat(sila rujuk syarat2 kat atas tadi)

FYI en. putra, hampir SEMUA company insuran/takaful ada co-payment. sbg contoh,company M & company P mengenakan co-payment 10% dari total hosp bill & tiada max. kompany takaful E mengenakan 20% co-payment & tiada max.

so tuan,tuan dah clear pasal perbezaan co-takaful dgn co-payment? kalau dh paham,saya mohon tuan share thread ni dgn abg tuan ye.yg penting dia pun paham gak.patutnya ejen dia yg perlu explain...



Setakat tukar bilik, xkan sampai rm2000.. Tambah je la yg extra dr bilik sebelum tu.. Habis gaji sebulan bayar duit tu..

berdasarkan quote di atas,saya assume umur abg tuan 35 dan bergaji roughly dlm RM2000++ sebulan. tetapi abg tuan cuma memilih membeli medical card plan 1 yg berharga RM53/bulan. Plan 2 kami baru berharga RM67/sebulan. kami di kompany takaful lain, JANGAN HARAP la customer boleh at least mendapat medical card yg harga RM80 ke bawah.

berkenaan 'Tambah je la yg extra dr bilik sebelum tu' ,ini adalah satu cara yg tidak berapa adil untuk customer2 lain yg beli medical card plan yg lebih tinggi. medical card;
Plan 1 layak utk bilik RM150.
Plan 2 layak utk bilik RM 200
Plan 3 layak utk bilik RM 300
Plan 4 layak utk bilik RM 450.


saya tanya tuan,adil ke cust. yg layak bilik 150 gi duduk bilik 200 ,hanya bayar beza bilik n still xmau bayar ko-takaful? x adil la. dlm kes abg tuan,bilik hosp yg 150 dah penuh,so terpaksa upgrade.saya xsalahkan abg tuan sbb keadaan yg memaksa dia.bukan dia yg nk sgt upgrade.ok, saya ada solusi kpd prob tuan.sila continue baca...


Dh la elaun wad rm50 ja sehari..

sila masuk blog saya,dan tgk kat manfaat medical card. RM50 tu hanya layak claim jika abg tuan masuk ke hosp awam. tuan mention yg abg tuan xleh claim elaun hospital.memang betul. sbb abg tuan masuk hosp. swasta,so free elaun hosp rm50 xbleh claim sbb kitorg hanya bagi klu abg tuan masuk hosp awam sahaja..

"abihtu,xkan xde elaun hospital langsung??"

Ada.jika abg tuan sign up polisi takafulink kami.dlm takafulink,ada rider elaun hospital.kat situ boleh pilih sampai elaun RM200/hari. so, saya suspect abg tuan HANYA beli medical card stand alone,bukannya takafulink. saya hairan kenapa abg tuan hanya memperuntukkan bajet RM50++ sebulan untuk insurans sedangkan gaji dia lebih 2000..
so,soal pasal elaun hospital ni saya dah jawab...lets move on to the next isu.. iaitu SOLUSI nya..

Setakat tukar bilik, xkan sampai rm2000.. Tambah je la yg extra dr bilik sebelum tu.. Habis gaji sebulan bayar duit tu..

tuan, tahukah abg tuan yg dia boleh claim balik hampir kesemua RM2000 tu dgn Maa Takaful? saya mohon tuan infom abang tuan supaya call ejen tu balik utk proses claim.

so, apa yg boleh claim balik??

saya bg senario.
kelayakan bilik: RM150/sehari
masuk bilik: RM180
dok dalam wad: 6 hari
total co-payment kena bayar: rm2000

pengiraan:
beza harga bilik: 180-150 = $30
6 hari warded: $30 x 6 = RM 180


AMAUN YANG BOLEH CLAIM BALIK DENGAN MAA TAKAFUL
:
$2000 - $180= RM 1820.00


di Maa Takaful,u BOLEH claim co-payment.u juga boleh claim elaun hospital yg attach as rider dlm takafulink.
sebilangan company2 takaful lain,u TAK BOLEH claim co-payment. yg u boleh claim is elaun hospital.


BAGAIMANA CARA UNTUK CLAIM???
kol la ejen tu.sertakan resit rasmi hospital.abis cerita.. saya faham yg abg tuan tgh bengang dgn ejen tu.tapi ni bukan salah ejen tu..ni bukan salah sesapa.ni cuma lack of miskomunikasi & information je.


kalau abg tuan dh betul2 xmaw ckp dgn ejen tu, plz soh abg tuan call saya.biar saya claimkan utk pihak dia.ofis saya di HQ. PA saya pula cun :D & rajin.so xde hal la dia boleh meng-ayat abang2 kat claim department utk keje cepat sket.hehehe...sori,saya gurau2 ye.jgn tension2..hehe..
wallahua'alam..
 
oh satu lagi,
saya agak terkilan dengan cara ejen2 lain yang saya kira otai/orang lama dlm industri ni menjawab keluhan cik Putra.hanya sorang 2 je yg bagi explanation dan solusi secara berilmiah.

apabila en nicolesylputra tulis dalam thread pertama ni,dgn sepintas lalu je korang ejen2 otai patutnya detect ni adalah isu co-payment, bukannya co-takaful.
ni x,siap tanya balik pulak tu. anda ekceli sedang menabur garam pada luka,bukannya usaha utk cari bandage..


saya nak beri teguran secara membina ye. forumer2 luar sana sedang menilai anda,cara anda handle soalan,cara anda beri jawapan,cara anda beri solusi. forumer2 skrg dah highly educated. industri takaful amat memerlukan ejen2 yg mempunyai integriti tinggi, bukannya ejen yg terer buat sales. so pada bakal-bakal pemegang polisi takaful,saya advise anda bijak memilih ejen yg mempunyai 'substance' instead of popularity. wallahua'lam..

maatakafullatest_small.jpg
 
Terbaik jawapan Q.Azhar....

Orang MAA menjawab...
 
Back
Top
Log in Register