Pistia
Super Active Member
- Messages
- 8,760
- Joined
- Sep 22, 2008
- Messages
- 8,760
- Reaction score
- 48
- Points
- 70
bukan pariah kasta yang paling rendah..:-?
Jika sesiapa yang membaca kitab Sejarah Melayu pasti akan bertemu dengan perkataan ****** ini. Kitab ini ditulis lebih dari 600 tahun dahulu. Ini bererti perkataan ****** ini pasti telah wujud lebih awal dari 600 tahun. Fakta sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan Tanah Melayu dengan apa yang dikenali sebagai Benua ****** telah wujud bagitu lama sekali.
Apakah kita lupa tentang Gangga Negara dan Langkasuka – ini adalah kerajaan Melayu lama di utara Tanah Melayu yang asas budayanya datang dari Benua ******. Apakah kita terlupa tentang sebuah kuil Hindu yang wujud semenjak 7 AD di puncak Gunung Jerai yang telah dijadikan 'pelita pedoman' untuk kapal-kapal yang masuk ke Sungai Kedah. Sayangnya kuil bersejarah telah dirobohkan beberapa tahun dahulu.
Dari Sejarah Melayu kita terbaca bagaimana Sultan Melaka akan memberikan hadiah persalinan kepada orang yang telah berjasa. Sultan akan memberikan Pakaian ******, Pakaian Bugis, Pakaian Arab atau Pakaian Cina. Ini sebenarnya pakaian 'en vouge' pada ketika itu.
Dari mana asal-usul perkataan ****** ini? Dari Sejarah Melayu kita tahu bahawa ada sebuah negara yang di panggil Kalinga. Negara kuno ini wujud di Benua ******. Harus diakui bahawa konsep India itu adalah sosial konstruk yang wujud hasil dari pertembungan Benua ****** dengan penjajah British. India moden hari ini dalam konsep kuno ialah Bharat. Ketika pertembungan orang-orang Tanah Melayu dengan orang dari Benua Bharat konsep India moden masih belum wujud.
Tidak ada sikap dan niat rasisma dalam penggunaan perkataan ****** dalam Sejarah Melayu atau dalam Kamus Dewan. Malah manusia Melayu hingga ke hari ini masih menggunakan perkataan ****** sebagai nama. Di kampung saya ada seorang perempuan yang namanya ******. Kami semua memanggil dia Orang Tua ******. Malah ada juga seorang Professor dan seorang penulis Melayu yang nama keluarganya ******/Kling yang selalu kita terbaca dalam media arus perdana.
Pertemuan-pertemuan awal orang-orang ****** dengan orang-orang Melayu telah melahirkan beberapa peribahasa. Contohnya – Jumpa ular jumpa ****** bunuh ****** dahulu atau 'auta ******'. Perumpamaan ini lahir dalam konteks pertembungan manusia Melayu tradisional - manusia pertanian - dengan peniaga-peniaga dari Benua ******. Ini adalah pengumpulan pengalaman mereka.
Keadaan dan situasilah yang melahirikan konsep atau bidalan ini. Ini samalah dengan apa yang berlaku hari ini bahawa orang-orang bukan Melayu menganggap semua orang Melayu itu memiliki 'hak keistimewaan'.Walhal, lihatlah betapa salahnya kedua-dua
'fakta' ini.
Mari pula kita lihat betapa salahnya konsep orang Melayu dalam hal konsep orang Benggali dan Punjabi. Untuk orang Melayu, Benggali itu ialah mereka yang berjanggut, berserban dan berbadan tinggi. Justeru apabila Portugis mula mendarat di Melaka pada tahun 1511 orang Melayu memanggil mereka Benggali Putih. Walhal Benggali itu berasal dari Bengal. Orang yang berjanggut dan berserban itu datangnya dari Punjab. Hari ini warga yang seharusnya dipanggil Benggali itu telah pula dipanggil Bangla singkatan dari Bangladesh.
Politik tepat atau politically correct ini sebenarnya jika tersalah bawa ianya membawa kemudaratan. Rasisma dan sikap perkauman ini muncul kerana asas ekonomi. Perebutan asas ekonomi inilah yang melahirkan sikap dan prasangka perkauman. Dalam perebutan punca-punca ekonomi ada elemen tertentu yang mengapi-apikan sikap perkauman ini.
Lebih hebat pertarungan ekonomi itu maka akan lebih hebat pulalah pertarungan perkauman. Orang Melayu melihat kedai-kedai Cina dalam pekan dan bandar. Kawasan perumahan Cina yang mewah yang dibaca sebagai harta kekayaan. Ini adalah pandangan orang Melayu terhadap orang Cina. Dari 'pemerhatian' sini muncul elemen yang setengah masak yang berhujah mengapi-apikan sikap anti Cina ini.
Sikap ini lahir dari prasangka dan pandangan yang stereotipikal. Sayangnya dalam negara kita yang berbilang bangsa ini jurang untuk merapatkan antara bangsa-bangsa semakin berkurangan. Lembaga-lembaga daulah semakin tersusun bukan untuk merapatkan ruang untuk melupus prasangka tetapi untuk meluaskan jurang agar kita sesama kita berjauhan. Hari ini sartelah 50 tahun merdeka prasangka perkauman semakin menebal.
Saya perhatikan jenerasi muda hari ini - terutama di sekolah menengah, kolej dan universiti - sama ada Melayu/Cina/India, mereka tidak memiliki kawan rapat dari bangsa yang lain. Pergaulan mereka hanya di antara sesama mereka. Mereka bergelumang dalam ruang selamat (safety zone) bangsa mereka sahaja. Hasilnya prasangka menebal. Pelbagai pandangan sterotipikal muncul bukan hanya untuk '******' malah untuk sesiapa sahaja. Mereka gagal untuk melihat bahawa Malaysia dan dunia ini adalah masa depan untuk semua.
Keadaan ini bertambah buruh dengan wujudnya parti-parti politik yang berasaskan satu bangsa. Bersuara untuk bangsa sendiri dan mempertahan bangsa sendiri – sama ada salah atau betul – dianggap sebagai wira. Nilai salah benar hari ini telah diselewengkan. Hak bangsa kini menjadi asas utama untuk menilai salah benar.
Rasisma dan sikap perkauman ini tidak akan terhapus walaupun Kamus Dewan melupuskan perkataan ******. Ini samalah juga ertinya jika Kamus Dewan tidak mewujudkan perkataan rasuah – apakah rasuah akan hapus dari negara kita ini. Harus disedari bahawa dari segi pilology bunyi perkataan yang kita sebutkan itu tidak memiliki apa-apa makna. Perkataan muncul jika satu kumpulan itu memberikan dan menerima makna terhadap bunyi sebutan tersebut.
Lihat perkataan 'nigger' yang satu ketika dahulu dianggap menghina orang kulit hitam di Amerika. Kini perkataan nigger telah dirampas kembali oleh anak-anak muda berkulit hitam dan maknanya telah diubah. Saya yakin kalau ada satu rock band yang namanya All ****** Boys atau Black ****** Boys Band atau New ****** Around The Block, atau ****** With Attitude – maka perkataan ****** ini akan memberi makna yang berbeza. Kalau pula rock band ini menjadi 'top hit' maka pasti semua anak muda akan berbangga untuk menjadi ******.
Sikap rasisma dan perkauman ini wujud jika kita memiliki prasangka yang bukan-bukan. Prasangka ini timbul kerana kita tidak mengenal satu dengan yang lain. Sebenarnya manusia dalam dunia ini menjadi baik atau jahat bukan kerana bangsa. Dalam semua bangsa kita akan bertemu dengan insan yang baik dan manusia yang jahat. Menganggap diri sebagai Melayu bukan satu jaminan untuk menjadi baik. Tidak ada satu jaminan pun yang memastikan bangsa itu baik atau jahat.
Rasa saya adalah lebih baik jika hamba tuhan yang menyaman Dewan Bahasa kerana perkataan '******' itu menyaman kerajaan Kedah atau sesiapa yang bertanggungjawab meruntuhkan kuil di Gunung Jerai. Mempertahankan kuil yang memiliki sejarah itu lebih bermakna kerana dari kuil kuno ini akan diketahui bahawa manusia Melayu ini telah mengenali Benua ****** semenjak 5 AD.
Lembah Sungai Merbuk, Sungai Bujang dan Sungai Muda telah membangunkan apa
yang kita ketahui sebagai Lembah Bujang. Kawasan Lembah Bujang ini adalah satu kota tamadun ****** Hindu di bawah kerajaan Srivijaya yang berkembang pada kurun ke 5AD hingga ke 10 AD. Dan sila ambil perhatian perkataan Bujang itu lahir dari perkataan Bhujanga, perkataan Sanskrit yang bermakna naga. Lihat bagaimana perkataan bujang itu beralih dan membawa makna yang baru tanpa dibawa ke mahkamah.
