BTC USD 76,519.1 Gold USD 4,357.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa hidup ini banyak dugaan

ujian itu lawannya kesabaran....
 
Nah jawapannya:

Manusia Bertanya,Quran Menjawab....

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

mekasih eboss...
kadang2 kite perlu diingatkan slalu agar mjadi lebih tabah
 
bersabrlah dan bertawakallah dalam kehidupan ini...
sesuatu yang berlaku ada hikmahnya...
APA YANG PENTING? iman didada..
meyakini ALLAH yang esa dan percayalah Dia sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya...
terserah kepada kita untuk menilainya...
selamat beramal...
 
salam kengkawan,

aku bulan ni penuh dengan masalah.

tak penah2 dugaan sebesar ni aku rasa.

aku diberi notis satu bulan behenti keja dari jawatan yang bagus sekarang.

sekiranya diberi sambungan, aku diturunkan ke jawatan yang lebih rendah dari jawatan sekarang.............

dah try2 cari kerja lain, susah sangat sekarang ni. nak terima jawatan baru yang rendah, ntahlah... pikiran bercampur2 sekarang... beban banyak sangat...
 
terima je.. daripada takda koje..
 
tu lah dugaan.
kdg2 tsasar jugak pikiran..
terime je lah..
skang susah nak cr koje
 
Back
Top
Log in Register