BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa menjual teknik trade?

Aku tak nak hentam komen ko ni.. sbb situasi aku dalam BBMA sebijik situasi ko.

Tapi dalam masa sama aku tak berada dalam posisi untuk hentam BBMA pulak, sbb member-member sendiri lanyak punya sedap dan menjadi.

Paling ironik apabila seorang cikgu ni, aku yang ajar dia BBMA, tapi sampai hari ni aku buat tak jadi. Cikgu ni pulak yang kencang buat pips depan aku dengan BBMA semata-mata.


Mungkin ada teknik yang kita serasi atau apa. Aku tak ada komen lanjut sebab aku setuju dengan penyataan ko ni.


Fendy mmg akan buat duit lebih banyak... tapi aku tak ada masalah dengan itu sebab:

1) Aku tetap berada dalam posisi untuk guna USD500 tu untuk trade.

2) Kalau aku ada isu dengan teknik tu aku sentiasa berada dalam posisi untuk withdraw balik duit tu.



So aku memang tak ada isu dengan teknik ni.

Hebi kena bayar RM500 (kalau tak silap aku.. kalau silap aku mintak maaf), duit tu loss dan kita kena cari duit lainlah untuk depo.

Tapi aku tak berapa nak komen juga sebab member aku sendiri pakai Hebi + Engineerex (satu teknik lain) untuk trade dan dia buat profit yang cantik dengan setup ini. 8 win 2 sl. Not bad in my dictionary.


Pada aku akan ada isu apabila sesuatu teknik tu kita bayar... yet at the same time orang yang ajar tu buat slack macam2. Misalnya Karkersz. Entah hapa benda yang dia ajar ntah.

aku x nafikan fendy berjaya. point aku skang ni ialah cara pengajaran tu. oleh kerana kita dah melalui zaman2 sukar untuk belajar dari ss, kenapa cikgu2 sekarang ni x ubah cara mengajar. ajar live depan mata. ajar entry, ajar exit.

aku belom nampak lagi cikgu2 forex ni betol2 nak semua anak murid dia berjaya, yang aku nampak asal dapat tangkap client dah. kalau dapat tangkap client yg berpotensi, cukup bagus buat testimoni.
 
aku x nafikan fendy berjaya. point aku skang ni ialah cara pengajaran tu. oleh kerana kita dah melalui zaman2 sukar untuk belajar dari ss, kenapa cikgu2 sekarang ni x ubah cara mengajar. ajar live depan mata. ajar entry, ajar exit.

aku belom nampak lagi cikgu2 forex ni betol2 nak semua anak murid dia berjaya, yang aku nampak asal dapat tangkap client dah. kalau dapat tangkap client yg berpotensi, cukup bagus buat testimoni.

Mungkin bro blom bernasib baik lg jmpe guru2 yg nk studentnya berjaya. Semoga bwrjaya jumpa.

Mmg duit affiliate tu ada. Tapi beberapa sen je. Nk buat duit byr teh masa ngeteb pon x lepas bro. Hwhwhw
 
rasanya dah2 la tu kita upkan thread yg tak berfaedah ni. buat pening kepala je org baca.

kesimpulannya : apa permintaan tok guru tu tunaikan je kalau nk belajar. simple.

meh sambung borak kat fb je. kekeke. salam
 
nasihat untuk semua orang..think positive

Hati2 trader sekalian. 2 3 hari ini saya ada memerhatikan ada user yg cuba menarik perhatian anda dgn membuat cerita yg impressive dan tujuannya tdk lain ingin menjual forex stuff nya.

"INGAT TIDAK ADA SHORT CUT UTK BERJAYA DLM FOREX. SEMUANYA BERGANTUNG EXPERIENCE DAN CARA ANDA MENGAWAL RISIKO SERTA PSIKOLOGI DLM TRADING".



Salam. Ada beberapa nasihat dan teguran yg nak saya utarakan di sini utk panduan anda semua samada yg baru berjinak-jinak atau dah lama dalam online Forex especially pada rakan rakan CariGold.com .

1) Sekiranya anda masih baru dlm Forex, jangan terkocoh-kocoh buka thread baru offer utk jadi anak murid atau nak join kelas ke sebab ramai yang akan ambil kesempatan promosi itu ini. Forum kita now dipenuhi dengan individu-individu yang byk mengkomersialkan diri & produk saja tapi perbincangan yg berinformasi & analisis yg semakin kurang. Kalau ada soalan yg basic basic tu boleh lah rujuk spt link di bwh

http://www.carigold.com/portal/forums/announcement.php?f=94&a=133

2) Tanya diri anda dulu samada anda ceburi Forex ni utk betul betul trade matawang(#1) atau sekadar utk jadi forum supporter atau IB mana-mana syarikat Forex(#2). Kedua dua tujuan ni bagus utk tingkatkan pendptn sampingan/tetap & kita pun sama happy coz dgn medium ini kita semua dpt tingkatkan kualiti hidup. Jika anda tergolong dari #1 fahami Forex sebetulnya dgn cara yg betul dan penuh etika. Guna saluran yg betul utk dapatkan ilmu & pengetahuan. Jangan gopoh untuk belajar sesuatu ilmu. Dunia internet ni terlalu luas dan byk rujukan kita boleh grab. Gunakan internet & tingkatkan dahulu kemahiran browsing & Due Diligence, dan dinasihatkan jangan keluar sesen pun duit untuk dapatkan ilmu internet ni.

Jika anda mungkin dlm kategori #2 dinasihatkan jangan kalut.. khususnya pada saudara saudari yg asalnya aktif dlm perbincangan lain dlm forum ni ttp dah mula melihat Forex ni satu peluang buat duit. Berdasarkan yg lepas lepas, kekalutan spt ni mengundang byk masalah yg tidak langsung pada komuniti forum ni sendiri spt kebanjiran post utk meningkatkan bilangan post, publisiti, otai palsu dll. Implikasi (-ve) ialah pada industri online Forex tu sendiri (anda boleh fikir sendiri....)

3) Pada individu yang telah berjaya menjadi forum supporter atau IB utk mana mana syarikat broker suka saya nasihatkan di sini kita jgn ikut sifat GREEDY dgn bekerja lebih dari satu syarikat. Kalau berminat dgn syarikat lagi satu, gentle la quit current company. Ini lebih merujuk kpd attitude anda sendiri dlm soal loyalness. Samada loyalty kpd majikan anda atau majikan lagi satu. Kalau dua dua ok takpe tapi most cases byk yang conflict. So, berilah peluang pada rakan rakan kita yg lain utk tingkatkan pendptn depa pulak. Dan jgn sesekali register new CG account utk promote broker lain coz dah sah sah langgar peraturan forum #7. Lagipun team kami amat amatlah peka & monitor aktiviti mcm ni.

4) Saudara/saudari dah terer trade DEMO tapi kurang modal utk trade LIVE jadi anda offer Managed Account. Jgn lupa byk sejarah hitam dlm komuniti kita yg offer pengambilan deposit utk manage duit dlm real trading. Trade di DEMO dan LIVE sama sekali TIDAK SAMA kerana emosi anda semasa trade akan berbeza walaupun sedikit. Kalau rasa gian sgt nak dpt duit cepat gunakan PAMM Account yg ditawarkan oleh bbrp broker. Tapi baca dulu nasihat nasihat pihak CG berkenaan PAMM Account di sini. Elakkan diri anda dari tak fasal fasal di cop scammer oleh pelabur yg tak dpt absorb risiko dlm Forex.

Boleh rujuk beberapa pengumuman kita berkenaan Managed Forex sejak dari dulu lagi. Rujuk tarikh post sekali
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=109281
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=46060

5) Trend paling popular CGrian Forex masakini jana pendptn sampingan yg paling mudah ialah dengan affiliate dan 99% individu yang berkecimpung dlm online Forex di CG ni(20% genuine trader, 80% forum supporter, IB, part time trader/ trade main main) ada mempromosikan affiliate masing masing. Ada juga yg gunakan berlainan inisiatif utk mendapatkan lebih banyak referral dgn menawarkan rebet spt di sini. Oleh itu pada anda yg baru kenal Forex, buat survey dulu jika ingin join mana-mana affiliate. Mungkin boleh membuat pilihan pd mana mana individu yg betul betul ada knowledge yg luas tentang forex at least boleh bantu kita - win win situation. Lihat pada status di nickname masing-masing. Ahli forum yg di awardkan oleh CG sbg Advanced Trader & Experienced Trader sekurang-kurang berjaya menunjukkan & berkongsi pengetahuan mereka dlm Forex. Forum ini meriah dengan pelbagai promosi spt ni spt promosi direct, bina publisiti & kredibiliti dan bermcm cara lagi utk mendapatkan referral. Dan jgn silap tanggapan bahawa apabila nama Introducing Broker atau Supporter saja bermakna mempunyai pengetahuan luas dlm Forex, hanya segelintir saja yg berpengetahuan tinggi dlm Forex sebaliknya ramai antaranya tiada pengalaman luas sbg trader tetapi hanya fokus dlm marketing & semata mata ambil peluang buat duit saja

6) Anda sebagai pelabur dan mencari prospek trader yg hebat di CariGold.com . Utk pengetahuan terdapat lebih 70% golongan (#4) dalam komuniti ni. Oleh itu sila berhati hati mencari prospek anda.

7) Pada semua trader CariGold.com yang telah berkongsi ilmu & pengetahuan dlm perbincangan di Forex section (yangmana tanpa sebarang niat utk commercial) dengan ikhlas utk naik sama sama dgn trader lain amat-amat kita hargai. Dan harap dpt teruskan kesinambungan tu. Pada trader/supporter/ib yg promosi pula ikutlah peraturan forum dan promosi dengan etika. Jgn promosi melalut dan hentam keromo. Org akan berpusu-pusu beli produk/servis anda kalau ianya bagus.

Kalau ada perkataan yg mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya mohon maaf. Coz nak menyatakan kebenaran ni mmg pedih tapi manfaat utk majoriti. Thx
 
Last edited:
rasanya dah2 la tu kita upkan thread yg tak berfaedah ni. buat pening kepala je org baca.

kesimpulannya : apa permintaan tok guru tu tunaikan je kalau nk belajar. simple.

meh sambung borak kat fb je. kekeke. salam

Betui betui...

Adab berguru cantik baru ilmu mengalir tu berkat.

Saya setuju Tuan gnomefan yang kacak.
 
Mungkin bro blom bernasib baik lg jmpe guru2 yg nk studentnya berjaya. Semoga bwrjaya jumpa.

Mmg duit affiliate tu ada. Tapi beberapa sen je. Nk buat duit byr teh masa ngeteb pon x lepas bro. Hwhwhw

tu la, haha

tapi affiliate byk oo, jangan kata sen2. kalau 500usd tu leh dapat la 100usd sebulan. darab la berapa bulan sebelom mc, kalau acc grow makin banyak le dapat. :))
 
Thread yg banyak info, pro n con....
Eden pun ada spare usd1k utk kelas2 ni...tp dalam mode tengok dan perhati dulu...riki2...intai2...tengok testimoni yang tulen kok ado...
bagus thread ni ado...
 
Hihi....
Byk manfaat nye isu ni d bangkitkn semula... ramai yg dh share pengalaman dlm porex...
Yg paling aku suke statement tunjuk ss yg dh jd... kikiki...
Yg x sokong thread ni sbb ade kepentingan tersendiri...
Niat aku cume satu utk buka n celik kn mata kengkawan yg baru2 dlm dunia porex ni hope jgn la mudah terpedaya...
Berjuta cara n berjuta helah akan d cipta...
Bg yg share ilmu secara free kwn doakn moga hidup kwn2 d rahmati selalu...
Akhir kata jika x suke thread ni jgn komen... x pn buat aduan kt mod kasi delete... kiki....
 
tgk jer video entry yg mrlan bagi tu. free jer.
tapi biasanya kalau free org mmg tak hargai.
 
tgk jer video entry yg mrlan bagi tu. free jer.
tapi biasanya kalau free org mmg tak hargai.

tuan takkan dapat apa2 dari video tu, sekiranya menonton tanpa berfikir..tidak ada keajaiban dlm video tu, itu semua direalisasi dari pengalaman yg bertahun-tahun dgn chart....

pendek kata, tidak ada jln singkat utk berjaya ....:)cgrock:)cgrock
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12124
USD / JPY
158.515
GBP / USD
1.33052
USD / CHF
0.82648
USD / CAD
1.41059
EUR / JPY
177.733
AUD / USD
0.69800
Back
Top
Log in Register