BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa Emas Dinar dan Perak Dirham

cikguasar

Freshie
Messages
7
Joined
Aug 8, 2010
Messages
7
Reaction score
10
Points
8
:D

Salam ukhuwah,
Ini adalah pertanyaan penting abad ini, kenapa kita perlu kembali ke alat-tukar emas dan perak? jawabannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) kerana mentaati Allah dan Rasulullah.

Emas adalah logam mulia dan nilainya tidak tergantung pada bangsa mahupun ekonomi manapun. Nilainya hakiki. Emas mudah disimpan, serta dikenali sebagai harta kekayaan nyata hampir di seluruh pelusuk dunia.

KEGUNAAN DINAR-DIRHAM Karena Dinar (emas) dan Dirham (perak) mempunyai berbagai fungsi dalam muamalat islam sebagaimana contoh di madinah al munawwara yang antara lain:

1. Untuk Perdagangan Atau Jual-Beli Sebagai alat tukar, koin dinar emas dan dirham perak dapat digunakan untuk membayar benda niaga dan jasa. Di masa Rasulullah SAW, seekor ayam dapat dibeli dengan harga 1 dirham, dan hingga hari ini harga ayam masih tetap sama dengan 1 Dirham, 1 ekor kambing dewasa dapat di beli dengan harga 1 dinar hingga hari ini. Ertinya selama 1400 tahun inflasi tiada. Tidak ada alat tukar manapun di seluruh dunia yang dapat melakukan hal sebgini rupa.

2. Untuk Pembayaran Zakat Pelaksanaan zakat telah dijelaskan dengan sempurna dan diatur dalam fiqh 4 Imam Madhab ahlul sunnah wal jamaah. Selama berabad-abad saat fiqh dijalankan oleh Khalifah, Sultan ataupun Amir, zakat mal ditunaikan dalam emas dan perak, ini adalah aturan syariah kita.

Saat pertama kali di abad terakhir kolonial menggunakan wang kertas, ulama tradisional menolaknya kerana berlawanan dengan fiqh. Di antara ulama tersebut muncul ulama terkemuka keturunan Maghribi, Shaykh Muhammad ‘Allish (1802 – 1881), Shaykh para shaykh Maliki di Universitas Al-Azhar di Mesir. Beliau menulis dalam fatwanya jika seseorang mahu membayar zakat dengan kertas, maka hanya nilainya sebagai benda niaga (‘ayn), iaitu, nilainya sebagai kertas yang boleh diterima. Dengan demikian, nilai nominalnya tidak boleh digunakan untuk membayar zakat “Jika zakat adalah wajib dengan mempertimbangkan zatnya sebagai benda niaga, maka nisabnya bukan pada nilainya tetapi pada zat dan jumlahnya, sebagaimana emas, perak, biji-bijian, ternak atau buah-buahan. Kerana zatnya (kertas) tak bererti (dalam harga) untuk pembayaran zakat, maka kertas harus diperlakukan sebagai tembaga, besi, atau benda serupa lainnya”

3. Sebagai Alat Tukar Emas dan perak adalah alat tukar universal di seluruh dunia selama berabad-abad. Emas di China sama dengan di Afrika. Sebagai alat tukar untuk pembayaran antarabangsa, emas menghilangkan segala hambatan yang dibuat-buat yang timbul akibat perbezaan mata wang kertas di setiap negara.
Sebagai alat tukar yang nyata dinar – dirham mempunyai beberapa keunggulan antara lain:

• Kestabilan kewangan
• Alat tukar yang mempunyai nilai terbaik
• Meminimalkan spekulasi dan manipulasi
• Tidak mengenal perbezaan nilai tukar
• Penyebaran risiko dan menghidupkan kembali perniagaan sektor
• Tidak mengenal batas wilayah dan waktu
• Melindungi masyarakat atau bangsa

4. Untuk Tabungan atau Simpanan, Jelaslah bahawa menabung dalam emas menjadi benteng dari manipulasi mata wang kertas oleh pemerintah mahupun spekulasi kewangan. Meskipun sebagai bendanya boleh saja diperdebatkan bahawa emas juga menjadi sasaran berkala, namun kenyataannya jika dibandingkan dengan nilai nisbi benda niaga lain, nilai emas tetap sangat kukuh, sama sekali lebih kukuh dari mata wang kertas manapun
 
salam cikgu dah g orentasi lum? newbi wajib g orentasi dulu.:)

p/s: tak jadi ke mau angkat itu beskal?:D
 
salam cikgu dah g orentasi lum? newbi wajib g orentasi dulu.:)

p/s: tak jadi ke mau angkat itu beskal?:D

salam

cikguasar tu otai tu.... nak kena orientasi jugak ko....:)paid:)paid
 
wokeh bro..nnt wa gi orientasi..byk sgt mende dlm CG ni..
beskal tu postpont..baru borong 200g hehehe
 
tu dia cikgu da dtg.. hehe.. emas lindungi diri dari usaha yg kita kerjakn..
 
pg esok ada pelancaran mata syariah(dinar-dirham) di ktc,kota bharu yg dirasmikan oleh mb kelantan..
 
Back
Top
Log in Register